Wednesday, July 13, 2011

Rumah Baru?

Semalam dah pergi tengok rumah. Barang-barang previous owner bersepah depan pintu masuk dan saya macam dah terasa ngeri. Bayangkan stokin sekolah, botol air, pakaian dan lain-lain. Pintu masuk utama tau. Bukan pintu tepi.


Saya dan husband pun masuk (dah tolak semua-semua barang depan pintu tu). Bilik air (as usual, rumah kat sini memang tak sah kalau takde toilet menyambut tetamu), lepastu dapur. Yang kecewanya, dapur baru tak seluas dapur rumah sekarang. Dahla segmented, design macam counter terus mengadap ke living hall. Hapa punya designla macam ni. Tak muat letak dapur gas 4 burners tu pun!. Kan ke haru nak masak mengadap tetamu (saya yang kononnya pemalu haha). Yang lagi tak best, design lama ni lantai bilik semua parquet. Kalau depan bilik air tu dah sah-sahla kembang parquet kena air. Tingkap dapur kecik. Rasa macam claustrophobic pulak nak masak kat situ T___T. Nanti saya update lagi dengan gambar. Tunggu cuci rumah bersih-bersih ye.


Living macam glass room. Kiri kanan ada sliding door. Jenuhla nak pasang langsir lepas ni. Saya bercadang untuk beli blinds for the kitchen counter and the sliding doors. Easier to maintain. Lawatan ke IKEA untuk membeli ini:
KVARTAL Top- and bottom rail, aluminium-colour Length: 45 cm
Kvartal - Top and bottom rail.
untuk letak panel curtain menjadi...

Begini :D
Source : Ikea


Naik atas pulak, tengok master bedroom. Bukak almari, ternampak satu beg besar. Takut woooo... kang maunya sumbat mayat dalam tu. Banyak sangat barang tinggalan previous owner. Tak puas hati, saya terus call B*PH. Diorang bagitau yang akan arahkan maintenance buat cleaning. Yang saya heran, macam mana previous owner boleh dapat pelepasan keluar rumah sedangkan barang berterabur macam tu. Baju-baju dalam laci pun ada lagi tau. Setahu saya, owner mesti kemaskan barang dan bersihkan rumah seeloknya baru dapat sijil keluar rumah. Owh, living hall saya takde kipas. Nanti saya call contractor maintenance untuk pasang kipas siling. Sambungan elektrik dan bekalan air pun masih belum ada. Macam mana nak basuh rumah? Nak try check rumah lagi after office hour. Tengok barang bersepah tu ada lagi ke tak.


Tak puas hati >:(

Tuesday, July 12, 2011

Worse Weekend :(

Acara muntah-muntah telah bermula pada hari Jumaat. Bersambung pada hari Ahad, dan hasilnya saya lewat ke pejabat semalam. Badan panas macam demam. Siap tepek Cool Fever lagi. Sampai satu tahap tu, I was really annoyed with myself sebab asyik melepek je, sambil teremotional dan menangis macam budak kecik. Dah tengah menangis tu sempat lagi muntah. Sambil mintak maaf kat husband (sebab tak sempat berlari muntah kat toilet seperti biasa, terrrrmuntah kat lantai ruang tamu), sambil muntah lagi, sambung mintak maaf dengan air mata berjurai-jurai. Errr.... boleh ke bayang? Huhuhu...Saya pun tak pasti sebab saya menangis tu, tapi rasanya automatik sebab muntah dengan dahsyat. :P

I am at my weakest moments now. Tabahla ye. My mom cakap kena kuatkan semangat, takut nanti anak jenis merengek pulak. Wohohohoho takmoooooo!!! My husbandla yang terbongkok-bongkok lap muntah. Baiknyaaaa husband saya ni *terharu*. Tahan je layan wife merepek nak itu-ini. Lately saya memang kurang sabar. Asyik merungut je. Tengah-tengah tido tu, tiba-tiba terbangun, mesti kejutkan husband (saje kannnnn), suruh sapukan minyak panas kat kaki la, picit kepala la...pendek cerita, mengada-ngada. Sekarang mungkinla sedar diri, tapi hari-hari benda tu automatik terjadi. Muehehehehee~

Tunggu versi bulan Ramadhan pulak ye. Harapan kali ini ialah puasa penuh! Ganbatte~!!!

Friday, July 8, 2011

Sambil Tunggu Husband Fetch :D

Harapannya entry kali ni pendek saje.

Sickness, Alhamdulillah sudah berkurangan. Tapi tak tahan duduk dalam 'peti ais' kat sini. Everyday, my husband sends and fetches me. Memandu dekat tu boleh. Tapi kalau jarak jauh jadi pening. Tambahan pulak hormonal imbalance yang semakin menjadi-jadi :P

Tabiat buruk yang turut semakin menjadi-jadi ialah suka sepahkan barang. Aiyok. Husband pun tabahkan diri jela kutip dan kemaskan barang-barang. Next week would be our last week at Presint 5. Sebab rumah teres baru menanti. Hopefully bila dah naik fotifo tu bolehla start berangan pilih rumah. Hehehehe...


Husband saya tersangat excited membuat cash flow for daily expenditure. Sangat dahsyat! Beliau mencadangkan simpanan every month is RM1,000. Mana nak cekau. Dengan nak pindah rumah lagi ni. rasanya next month bolehla kot, which I doubt, sebab nak raya. Duit raya mau dihulur jugak kat nephews and nieces.

Husband jugak sangat excited nak beli barang baby. Adoi. Belum masuk second trimester dah sibuk nak beli barang. Tu tak masuk lagi betapa excitednya beliau suruh saya beli baju maternity. Ewah, taula sekarang perut saya ni mengembung dan semua jeans saya sudah tidak muat. Lawatan ke Mother Care adalah perlu dalam sedikit masa lagi, insha Allah. Target pertama ialah : beli seluar! Saya tak suka sangat pakai baju blouse untuk maternity tu. Kalau smart takpela jugak. Ni asyik tengok orang pakai maxi, macam selekeh je (dahla saya memang selekeh). Ada yang pakai maxi senteng nampak betis, tapi pakai tudung. Hairan betul cara pemakaian mereka tu. Harap-harap saya tak jadi macam tu, na'udubillah....

Eh, entry ni patutnya singkat saje. I want to say hi to all friends yang dah lama tak jumpa face-to-face (Akmal, Kak Ina, Kak Mala, Ned, Azrin, Kak Zura - if you guys read this). Nama je keje satu Putrajaya (tak termasuk Abang Hadi), tapi nak jumpa kalah orang keje lain-lain negeri. Owh, tak lupa jugak kepada Yaya Suraya dan Kak Ti. Blog kamu semua saya baca tapi nak comment tu payah sikit sebab ikut mood sekarang ni. Sihat-sihat bolehla comment panjang-panjang :P

Sekian entry yang tak berapa pendek. Hehehehhe~

Tuesday, July 5, 2011

Bau Apa Tu?

Wah. Semenjak husband keje kat Subang ni, saya masuk pejabat kalah orang WP1. Wuhuhuhu...

Setelah blog ini kesepian kerana duk layan sickness yang suka suki dia je nak datang bila, hari ini update la sikit. Dah sebulan lebih saya tak pakai perfume. Sebab? Tak tahan bau-bauan, takut muntah. Perut penuh sangat pun muntah, perut kosong lagiiii la senang muntah. Pendek kata, muntah itu adalah pada bila-bila masa saje. 

Keadaan di office tersangatlah sejuk. Sampai rasa nak bergerak pun malas yang amat. Jadi, saya suruh Ash (room mate) belikan Minyak Yu Yee Cap Limau. Sedap bau minyak ni. Banyak jugakla saya ni tepek kat kaki. Rasanya dalam masa 2 minggu boleh habis sebotol yang besar tu. Saya membesar dengan Minyak Yu Yee ni la. Sebab dari kecik asyik kembung. Mak cakap asyik nangis je. Hehehehee...Dah besar-besar ni pun kuat kembung jugak. Nak kena pegi check sebab mungkin digestion saya ni tak berapa betul. Kes-kes haru antaranya, saya tak boleh sangat makan nasik. Nanti kalau silap hari bulan boleh diarrhea. Huhuhuhu...

By the way, bloating adalah normal for pregnant ladies (so as for PMS). Ini adalah kerana kadar pencernaan semakin slow. Jadi, perut akan rasa tak selesa sepanjang masa. Ok. Tu je nak tulis. Babai.

Friday, July 1, 2011

Wah

Lamanya tak update. Reason being? Memang takde selera langsung nak menatap laptop. Balik je, terbaring terus. Tu pun nasib baik tak mengamuk-ngamuk kepanasan. Mak saya nasihatkan supaya bersabar saje, kalau tak nanti dapat anak suka whining itu-ini. Owh horror ok.

Owh. Update!
Zetty's reception is tomorrow.
I got offer for terrace kat Presint 11, corner lot yieha~!!! Mahu mengemas rumah untuk berpindah. Lokasi kali ni adalah berhampiran surau. I like!
Sickness dah kurang. Tapi macam kena minum coffee untuk kurangkan nausea. Bahaya ni.
Spotting dah takde although macam suspiscious jugak discharge banyak.
Baju kurung banyak dah tak muat, bahagian kain tu. Argh benci.
Encik Rezal sibuk tanya bila nak buat baju raya. Saya cakap kalau pakai t-shirt dan kain batik saje untuk beraya tak boleh ke? :P
Sekarang adalah sangat alergik menggosok baju. Kalau boleh nak pakai baju berkedut ke office.
Hari-hari mesti Encik Rezal hantar pegi office kerana saya kurang mampu nak memandu disebabkan oleh morning and night sickness yang agak annoying.
One of my friends miscarriaged at 5th week pregnancy. Saya sangat memahami dan saya harap makcik-makcik becok kat luar tu jangan sibuk tanya bila nak ada anak. Allah yang menentukan. Bukan semua orang berkeupayaan macam anda yang boleh menghasilkan off springs dengan jayanya. Ramai pulak di kalangan rakan-rakan saya yang miscarriaged ni. Hm. Faktor alam sekitar kah?

Encik Rezal starts working area Subang next week. Harap beliau tabah menempuh traffic congestion. Hehe.

Sekian update buat masa sekarang. :D