Dah makin serabut KIM ni lately. Sebab tu saya menyediakan skema jawapan seperti berikut:
saya nak bagi skema jawapan jugak untuk soalan ni
susu sikit bila pump? masih dalam pantang?
jawapan :
standard. bayi selama 9 bulan duduk dalam rahim, warm, cosy n sempit. tiba2 lahir, wah! luasnya dunia. jadi dia ambik masa nak adjust dengan persekitaran baru. yang dia familiar hanyalah ibu dan suara ibu. so baby ni cerdik. dalam dia nak adjust tu dia nak ibu peluk, ibu dakap... hangatttt macammm dalam rahim. dan dia tau dia dapat pelukan dan dakapan sedemikian bila MENYUSU sahaja.
perut baby kecik. besar 5 sen je. or smaller. cepat kenyang. dan cepat LAPAR BALIK sebab susu ibu tersangatlah MUDAH HADAM.
bila baby dah mengempeng dan lapar setiap 2 jam, maka bila mengepam jadi sikit je.
susu cair bila pump?
tu namanya foremilk, mengandungi lebih air. sebabtu kena susukan anak at least 10 minit sebelah. then baru akan dapat hindmilk, lebih pekat dan mengandungi lemak.
pengalaman saya :
mengepam dalam pantang max dapat 2oz je. kalau setengah jam pump, 1oz. kadang2 0.5 oz. tu tak masuk lagi stress sebab jahitan tertetas, pantang jauh dari family sendiri (manja, biasala haha), first time mommy yang taktau nak buat apa bila baby asyik nangis malam2. (so saya pun selalu google n jenguk KIM untuk baca tips dari other mommies)
suggestion :
jadi jangan bimbang. pump bila baby tido atau tandem nursing. it helps. pemakanan seimbang juga penting. kerap mengepam. dalam pantang digalakkan buat stock sikit2 supaya senang nak masuk keje nanti, ada la backup sikit, takla panic. bila dah masuk keje nanti baby tak df kan. masa itula pun nak pump dengan schedule yang tetap.
stay hydrated. kalau tak minum, mcmana nak ada cecair dalam badan. dahla susu jadi kurang, sembelit satu hal pulakkkk. At least 3L air sehari. jangan stress2. chocolate boleh buat anda happy? makannnnn... tengok telenovela boleh buat anda happy? layannnn...
power pumping. 10 minit belah kanan, then switch 10 minit belah kiri gilir2 sampai cukup sejam (30 minit kanan-30 minit kiri untuk single pump) or 10 minit pump, then rehat 10 minit (utk double pump).
Tandem nursing. Tak sempat pump sebab baby tak tido? Try tandem nursing. Sambil baby hisap sebelah, kita pun pump sebelah lagi. Bagus untuk stimulate milk ducts for both breasts.
makan itu ini yang milk booster semua tu takkan berhasil tanpa adanya usaha untuk mengepam. supplement, akan bertindak sebagai makanan tambahan (nama pun supplement kan) untuk kesihatan badan. badan sihat= happy = endorphine = oxytocin = susu banyak. itu formulanya.
-----------------------------
Dan saya jugak geram dengan penjual supplements yang tak bertanggungjawab momok-momok kat ibu-ibu yang baru berjinak-jinak dengan breastfeeding. Kesian tau. Antara reply saya:
From my point of view, nak menjual supplements ni kena ada etikanya. Kena terangkan konsep asas penyusuan dulu. Ingat semua orang mampu beli supplements ke? Ingat supplements ni sesuai untuk semua jenis badan ke?
NO.
Ramai merungut makan itu, minum ini, harga riban2 - tak berkesan. Bila tanya berapa kali pump - jawapan standard :
"2 kali"
"kadang2 pump bila sempat"
Yang kita selalu lihat:
"baru makan set Z semalam - kenapa tak banyak susu pun?"
"pump banyak kali, susu tak banyak tapi baby hisap ada je"
Dei, penat je aku tepek skema jawapan tu. Jawapan dah ada. Baca betul-betul.
Yang tukang jual ni bunyinya macam susu tu boleh mencurah2 gitu je tanpa ada usaha. Kononnya tanpa supplements ni susu tak berkhasiat la itu ini, DAN MENYEBABKAN IBU2 BARU RASA BIMBANG - KONONNYA SUSU MEREKA TAK CUKUP BERKHASIAT. Kesian tau tak? VERY MISLEADING.
Sebab beberapa orang buat onar kat sini, maka tempiasnya terkena kat orang lain. Orang lain pun jual jugak, tapi ada etika. Terangkan dulu kena pump ikut jadual, makanan seimbang etc. Supplements ni untuk kesihatan badan. Nama pun MAKANAN TAMBAHAN. Bayangkan kalau MAKAN SUPPLEMENTS JE TANPA MAKAN NASIK? orang lain lapar makan nasik, kita lapar makan supplements - tak jadi hapa sebab TAK SEIMBANG.
SAMA LA MACAM MAKAN SUPPLEMENTS TAPI PUMP KE LAUT. Kena jugak pump. Kalau tak pump, lama-lama surut jugak susu tu sebab TAKDE DEMAND.
Saya tak boleh kata penat nak explain sebab ni ilmu. Jadi saya harap penjelasan kali ni membuka mata semua orang yang baca posting ni. Jual tak salah, tapi kena ada etika ye (posting iklan kat KIM adalah dilarang sama sekali).
--------------------------------
Nak meniaga tu kena ada etika ye. Saya pun makan vitamins. tapi untuk kesihatan badan. Apedaaa penjual ni. Fikir duit je. Dosa pahala tak fikir pulak. Dahla pakai tepek manual breastfeeding saya kat page diorang. Tak malu betul.