Monday, October 22, 2012

Persiapan Pulang ke Kampung

Hohhhh... Salam Eidul Adha!

Tiba-tiba baru teringat pasal balik kampung. Amna's food! Saya telah berkira-kira bahawa bubur nasi dan oat beliau masih banyak berbaki. Jadi, tiada masalah. 

Tapi setelah belek-belek deep freezer semalam, banyak bahan dah takde. Adoi. Nak test telur memanglah baru sekali test. Minggu ni akan test 2 kali dengan 1 tablespoon egg yolk. Ok, tak susah pun nak cari telur kat KT. Antara perkakasan nak bawak balik kampung:

  1. Steamer. Highly important. Senang nak steam apa-apa yang patut.
  2. Frozen cubes rice and oats.
  3. Uncooked rolled oats. *optional*
  4. Banana. Tak payah masak. Cubit-cubit je bagi makan masa dalam kereta.
  5. Already cut papaya. Berjehek takde orang nak makan dalam fridge huhu.
  6. Frozen peas
  7. Kurma (perhaps kena puree siap-siap supaya senang)
  8. Plum puree
  9. Yogurt *optional*
  10. Raisins
  11. Chicken stock. Hoh. Mau tak penting ni.
  12. Bowls and spoon - ok, Amna ada 1 bowl je. Lain-lain semua bekas brand Tupperware :P
  13. Bib - nanti habis baju raya comot sana sini.
Buah-buah lain bolehla beli kat KT macam apples, etc. Ok ibu, pagi Khamis sila menggelupur siapkan bekal untuk Amna seperti biasa (minus EBM yayyyy - save stock hehehe) 3 meals dan bekalan air masak secukupnya supaya beliau tak mengamuk kelaparan.

I'm thinking of introducing her to potatoes. Owh well, malam karang boleh pow Encik Rezal untuk beli keperluan dapur yayyyyy~!!!

Time to lunch. Perut bunyi-bunyi dan neeeeedddd to go to the toilet badly :P

Thursday, October 18, 2012

Wash Thy Hands

The reason I posted this entry :

Tengah basuh tangan kat sink then I saw someone got out of the cubicle without making a pit stop at the sink. Maknanya apa?

Okay... Don't tell me to think positively etc. The only positive of that situation is : I am positive that the person did not wash her hands after going to the toilet.

*insert bunyi cliche cerita hantu di sini - bila hantu dah dekat*

Saya bukanlah orang yang paling bersih dalam dunia. But, every time I went to the toilet and getting my 'business' done (be it no. 1 or no. 2), membasuh tangan adalah dikategorikan "TANPA GAGAL" or "WITHOUT FAIL". Walaupun selepas ke toilet, saya nak ke surau ke apa, basuh tangan dah jatuh hukum WAJIB.

Saya balik rumah before pegang Amna mesti basuh tangan! Walaupun dari nursery dah pegang dia kan. Seboleh-boleh nak basuh tangan jugakkkk. Bukan. Saya bukan OCD. Tapi saya tak nak anak saya kena penyakit hasil sentuhan 'ajaib' saya - iaitu dengan tidak membasuh tangan.

Susah sangat ke basuh tangan? Bukan kena mandi pun, kan?

Tuesday, October 16, 2012

Mentally Challenged Society

Owhhh... Kemarahan dah sejuk baru nak menaip kekdahnyaaaa...

Haritu dahla super busy.
(tipuuuu... kalau busy takkan boleh reply comment kat FB kan *suara dalam fikiran* - diam kau conscience! Suka hati akula nak buat apa :P). Buatnya pulak kat satu group ni orang dah merapu-rapu tanya soalan yang sama, pastu yang tak relevant pun tanya jugak...

Someone asked what is power pumping.

I replied "Aaaa... Itu gunanya search button kat atas nun. Try search kat files. Or google *insert smiley face here*".

And guess what she replied back?

"Alaaa... bagitau laa.."

Budaya apakah masyarakat kita ni??? Semua nak spoon-fed. Tau nak semua depan mata.

So I kinda mengamuk and posted on my status

"Suruh carik kat files pun malas. Facebook je reti. Mencari maklumat langsung tak reti. Baik campak je laptop/tablet/handphone canggih manggih tu ke laut. Duh." 

Dah siap bagi link. Tak tau lah kalau tak reti click link jugak. Memang nak kena pukul kot.
Baik tak payah jadi mak kalau serba serbi tak reti. 
I just cannot brain this.

Living in the IT-savvy world makes you look beyond dumb if you do not know what the hell is GOOGLE. Okay, perhaps not all are using Google. But then, you could alwas use the search method, any other ways you prefer. Everything is at your fingertips these days.

Anak orang asli di ceruk sana pun pandai guna Internet. Inikan pulak kau yang ada Facebook yang hari-hari update. Jangan tipulah kata takde masa nak buat bacaan ilmiah. Bohong semua tu. Sampai bila-bila pun lah tak akan maju kalau harap Facebook je reti. Malu la wei mak aku umur 55 tahun pun terer search kindergarten songs online (mostly on Youtube hehe).

Dahlah. Kalau layan orang no-brainer macam ni, lagi sakit hati, baik aku makan chocolate. :D

Friday, October 12, 2012

Bila Si Dia Berpergian

Ok, Encik Rezalman offshore dah masuk hari kelima, tapi saya baru nak update. Sebab? Busyyyyyyy...

Semalam nyaris-nyaris lambat ambik Amna kat nursery sebab tiba-tiba kena masuk meeting (masa saya melarikan diri tu, meeting tak habis lagi. Pengarah nak diorang bentang today katanyaaaaa). Pagi tadi pulak bangun lambat... Biasanya bangun pukul 5.30am, sekali dekat nak pukul 6.30am baru bangun. Cik Kinah ada pun tengokkk je kita bangun lambat. Bukan nak kejut. Cis.

Menggelupurlah saya ambik frozen puree cubes masukkan dalam steamer. Harini bekalkan Amna 3 meals.

Clockwise : Upper right - sweet potato + chicken stock
Below - apple + carrots + broccoli
Upper left - baby peas + oats + chicken stock

Breakfast : Baby peas + oats + chicken stock
Lunch : Sweet potato + chicken stock
Afternoon snack : Apple + carrots + broccoli

Untuk mommies, breakfast adalah sangat penting untuk anak-anak, sama penting macam untuk orang dewasa. Sebab tu, dinasihatkan bagi chilled EBM or fresh EBM pagi-pagi and solid yang mengandungi carbohydrates - membekalkan tenaga untuk sepanjang hari :D

So bila balik, makan prune yogurt lagi. :P

Today baru start 3 meals kat taska. And today also I introduced baby peas for the first time. Sebab bila balik tu dia dah macam menggelupur lapar. Tu yang kesian takut lambat balik dan disuap benda bukan-bukan, baiklah saya ambil precautious step kannn :D *or sebenarnya dia menggelupur bila tengok ibu saje haha*. So saya steam siap-siap semuanya dan bungkus dalam towel supaya tak mencairkan susu-susu yang dibekalkan dalam cooler box itu. Memangla patutnya saya beli thermos untuk makanan. Tapi macam mahallll... remember I mentioned sebijik harga RM22 besar tapak tangan? Yesss memang sangat tempting untuk membeli. Tapiiiii Encik Rezal takde, tak boleh nak mengepow. Lambat laun kena beli jugak. Senangkan kerja nannies yang yang ramai budak tu. Wuhuhuhuuu... *boleh pergi Alamanda lunch karang. Muahahahahaa*

Eh jap. Lupa nak buat review pasal baby peas. Sedappppp... Rasa creamy. Sangat sesuai untuk buat peas soup. Kalau ibu suka, pastinya Amna suka. Miahahahaha...

p/s : Bibi, I beli brand Baby Peas Watties jugak. Kalau you belek belakang tu ingredients dia peas je. Yang sugar semua tu dia punya maklumat nutrition :D

Tuesday, October 9, 2012

Sunday At The Zoo!

Hoi hoi hoiiiiiii~!!!

When's the last time you went to the zoo? I was 12 then. Rombongan sekolah kekdahnyaaa...
On the wayyyyy~
Ibu yang sangat excited sebenarnya nak pergi Zoo Negara. kebetulan nak hantar Cuda pindah barang kat rumah sewa dia area Ukay perdana, jadi kami pun berhoyeah-hoyeah ke Zoo Negara after lunch hahahah~ So, pagi-pagi dah siapkan breakfast and bekal lunch for Amna : broccoli + oats + chicken stock (breakfast) and oats + apple + sweet potato + chicken stock. Kita orang tua ni mesti macam akan bertanya balik "Broccoli?? Kesian budak tu". No. Broccoli bila steam sedap sebenarnya. Nak suruh anak makan sayur, kena la creative. Nak bagi bayam pulak lepas ni :D

Ok, kitorang bertolak lambat, dalam pukul 11am. Alhamdulillah, cuaca redup hala ke mendung. Barang Cuda penuh bonet kereta. Ada orang tu degil. Katanya saya kedekut sebab tak nak bagi naik kereta saya. Saya cakap bukannya kedekut, tapi barang-barang tu nanti tak muat. Orang tu insisted jugak. Dah masuk-masuk barang separuh, barula dia cakap "Eh, tak muat la..." *muka tak bersalah*. Saya dengan Cuda dah sound-sound bertepek-tepek sebab orang tu degil kannnn (okay, orang tu offshore, balik nanti dia baca la kot haha). So selesai pindahkan barang kat Ukay Perdana, we headed to a restaurant for lunch. Makan kat Taman Permata je pun. Amna had her lunch as well. Ibu bawak bekal remember? :D Then off we went to the zoo.

Entrance to the zoo.
Monyok sebab baru bangun tido. Kena ambik feel dulu :P
Dah dapat ticket! Payung adalah perlu takut hujan :P

Ok, first sekali nak complain pasal the price of the tickets = RM20 for MyKad Holders and RM6 for MyKid holders (3-12 years). Apeheyyy maheiiii bebenoo??? Luckily Amna tak payah bayar. Masuk-masuk tu lekatkan sticker wristband (ticket) then kitorang pun jalan-jalan... 

Amna sibuk tengok air. Orang nak kenalkan dengan binatang.
-___-"
"Look Amna! Giraffe!"
*Ibu yang over haha*
Apa agaknya Amna fikir?
Takde perasaan tengok gajah. Adoi.
Ostriches

Amna lebih suka tenung air sebenarnya. Memang tak layan sangat binatang-binatang ni. Ada ke kat tempat air mencurah tu jugak yang dia berkenan. Dia suka tengok air terjun. Small fountain pun dia tengokkk je... Then, dalam 10 minit berjalan, Amna mengantuk lalu tertidur dalam stroller -___-". Tinggallah Ayah, Ibu and Cuda je berjalan-jalan tengok binatang. Suasana redup memangla sedap nak tidur kan. Takde kipas pun dia belasah je tidur. Haiii anakkuuuu...

Mata kuyu...
...a minute later...

Hujan rintik-rintik time kitorang kat Birds Aviary. Kejap je. Dalam 10 minit dah berhenti. Amna masih tidur. Kitorang pun berjalan la dalam tu...
At the Birds Aviary.
Ambik gambo dalam stroller jela.
Tuannya dah berlayar.
Harapkan pegar, pegar makan padi.
Bukan pagar tau.
Inilah ayam pegar yang makan padi tu.
(dulu ejaan jawi sama je)

Sapi bali kalau tak silap

Capybara.
Tikus terbesar di dunia.
Yang ni size lagi besar dari Amna.

Unta la ya ente!
Tajaan AmBank - nama pun mascott diorang kannnn

Round sekerat jalan... lepas 30 minit tidur, Amna pun bangun terpisat-pisat masa kat Ape Centre. Takdela pulak dia nak susu. Senyappp je. Sibuk nak minum air mineral dari botol. Air dalam sippy cup dia tak nak. Husband dah mengeluh penat. Haih, orang yang main bola tiap-tiap petang cakap penat? Biar benar ni? Ibu tak habis jalan lagi. So last resort, kitorang beli tiket tram. Pun naik tram. Round sampai hujung, jumpa kedai. Terus borong beli air walaupun sedia maklum air mahal, segala-galanya mahal di situ.

Jangan tanya chimpanzee ni tengah buat apa
Eh dah bangun tido! :P
Senyuman manisssss :D
Reptiles area.
Amna tengok tortoises atau sebenarnya dia tengok air je :P
Gambar atas tram tak sempat ambik banyak sebab battery camera dah nak kong. Okaylaaaa, not bad for the experience. Tunggu Amna besar sikit, bawak pergi petting zoo. Lagi best kot. Ni semua duk dalam kandang, satu pun tak boleh pegang. Ada animal show, tapi sebab ramai sangat, kitorang pegi aquarium. Sambil-sambil lalu tu tengok penguin. Penguin duk dalam tu ada aircond okehhhh heheheh~

Naik tram wooottttt~!!
My husband berangan nak beli tram, senang nak bawak jalan-jalan sebab pakai battery je :P
Sekian weekend kami. Malam tu semua terbongkang tidur sebab penat sangat :P

Saturday, October 6, 2012

Less Word Saturday

Bergaya
Sengih control
Boy friend baru Cip Ana heheheh~
Senyum :>
Makan bubur Ibu buat :)

Friday, October 5, 2012

Amna - 8 Months Old

Senyum sopan :P
Macam-macam ragam dah anak Ibu ni... Semalam genap 8 bulan dah. And still fully breastfeed. Alhamdulillah....

Habits yang saya perasan lately:
  1. Kalau tak dapat benda yang dia nak dengan cepat akan bunyi "Ughhhhh!!! Ughhhh!!!"
  2. Suka nangis olok-olok bila nampak ibu. Nangis mesti mata tu berkelip-kelip tapi air mata takde -konon mintak kesian hehehhee
  3. Sibuk nak main laptop Ayah. Siap boleh panjat bantal dan tergolek-golek (sebab belum pandai berdiri sendiri).  Dari jauh merangkak semata-mata nak main laptop. Gigihhhhh jugak sampailah putus asa. Baru la time tu nak nangis kalau tak dapat heheheheh~
  4. Merangkak ke tempat yang takde karpet. Dia suka sangat duk atas lantai sambil tepuk-tepuk lantai. Ke ibu kena beli gendang lepas ni?
  5. Dah pandai senyum tak payah bersuruh bila tengok camera dan handphone. Alololoooo... camwhore sungguh anakku ini!
  6. Suka buku/magazine/printed papers/anything that is paper-based. Sebab? Bila koyak tu ada bunyi srapppp!!! Dah habis koyakkan magazine ibu, ammmm... masuk mulut. Masa tu la ibu tergolek-golek nak tarik cebisan kertas kat tangan Amna. Woh.
  7. Suka sangat menyusu sambil dalam keadaan meniarap/separa berdiri/menonggeng. Pastu kaki gedek-gedek macam naik kuda. Hahahaha~
  8. Dah pandai main-main rambut Ibu. Tunggu rambut sendiri tumbuh panjang lambat lagi huhu...
  9. Tertarik pada telefon kaler oren tu. Sebab? Boleh tarik wayar. Bahaya ni. Kena simpan semua kasi tinggi sikit dari capaian beliau :P

Semoga jadi anak yang solehah ye Amna. Ibu doakan yang terbaik :)

Thursday, October 4, 2012

Plum Yogurt For Snack - Constipation Remedy

Sejak Amna constipated ni kan, hari-hari saya bekalkan dia dengan apa saja puree, tapi mesti tambah yogurt and plum puree.

So, semalam beliau telah poopoo dengan jayanya - 3 kali!. Nampak sangat dah tak poopoo banyak hari. But this time dia tak nangis. Dia relax saje, tapi aksi meneran tu ada la sikit - di ceruk sofa. Penuh gaya katanya... Teringat Pa cakap dulu tiap kali saya nak poopoo, saya menyorok belakang pintu heheheheeee...

Macam mana nak buat prune puree?? Kacang sangat. Owh, nasihat saya, dapatkan prune yang tiada bahan pengawet. Sunsweet punya ada pengawet dan additives, walaupun katanya vitamin C, still, considered as additive la kan. Jadi make sure tengok dulu ingredients kat belakang - prune semata-mata. Nak beli fresh, agak payah nak jumpa kat Malaysia ni yang organic (Tesco ada, but nak pergi jauhla pulak kan hehe), so saya beli yang dried pitted prunes kat Cold Storage je.

Steps :
  1. Steam prunes with a little bit of water for 10 minutes
  2. Mash the prunes until the consistency is to your liking.
  3. Ready to eat. 
Pagi petang siang malam duk sumbat Amna dengan prunes and yogurt. Malam semalam - snack prune yogurt. Yogurt tu pun make sure full cream, NO additives or low fat or salt or anything. Just natural yogurt. Saya beli brand Farm Fresh hehehe~ Kacau-kacau dengan prune puree bagi dia makan, jangan panaskan pulak. Kang habis live active cultures yang bagus untuk perut tu. Surprisingly Amna suka sangat! Sampai kena buat second batch. Bukan Amna je yang suka, ibu punnnn hahahaha! Habis berlemoih mulut. Orang bagi sudu kosong je, dia tak puas hati, nangis la apa lagi :P

Credit to Maghfarah Che Mansor
Ini la dia yogurt tu. Make sure you baby pass the 4-days rule tu ye.
Jangan bagi terus banyak-banyak pulak.
Hari ini Amna dah 8 bulan! So boleh introduce sikit-sikit ayam, I'll start with chicken stock that I made last week! Dah frozen siap-siap hehehehe~ Lepas ni bolehla nak masak bubur or oat, bekalkan dengan soup, so boleh dilute dengan bubur tu la kot. Ni yang terasa nak beli food feeder - snack in between meals.

Dah pandai sangat posing.
Asal nampak camera je semedang sengih.
Owh, kelihatan Ayahnya berbaju oren melepek di belakang :P
Aaaa.... Omnomnomnomnomnommmm
Gambar pagi tadi on the way sending her to the nursery.
Silau. Pakai spek hitam gituuu :D
Berkerak hidung, tapi marah sangat bila orang suik hidung dia :P
(ok, gigi Ibu nampak macam gigi rabbit)

Today saya bekalkan 2 jenis (biasanya 2-2 bekas benda yang sama hehe) - oat + yogurt + dates and pumpkin + yogurt + prunes. Next week boleh intro benda lain pulak lah kan. Boring pulak asyik tengok makan benda sama je.

Husband ada bagitau maybe nak pegi Zoo Negara this week. Alang-alang nak hantar Cuda (my sister in-law) pindah ke UK Perdana, bolehla melencong terus. Jadi, persiapan makanan untuk Amna perlu ada! Nak bawah thermos makanan macam "Amboiii... kau sorang yang kononnya masak untuk anak kau." Plus penuh nanti shopping bag kat bawah stroller Amna tu. Dah survey vacuum flask, tapi harga untuk bekas sebesar tapak tangan ialah RM22!!! T____T. Tersedak kejap tengok.

Things I will buy for next recipe is:
  1. Atta flour (try nak buat lempeng kekdahnya hehe - Amna kan dah ada gigi)
  2. Telur (nak intro egg yolk sesudu this weekend)
  3. Cheese! (boleh buat broccoli + cheese + yogurt) ok, ibu yang terliur.
  4. Black raisins (or boleh mintak free je dengan Mak kan kan kannnn :P)
  5. Tomatoes (nak buat homemade tomato puree - boleh masak pasta pasni haha)
Banyak je recipes for baby 8 months ni. Mommies, tryla usha blog Maghfarah tu. Boleh alter recipes kalau dah takde idea sangat. 

p/s : Bibi, baby 6 bulan sekali sehari je makan, so no problem. Dia takkan boring. Heheheh~ kalau dah namanya 4-days rule tu, sempat sangat Aliya masuk 7 bulan boleh makan campur-campur puree heheheh~

Monday, October 1, 2012

Penangan Oatmeal

Sejak intro oats to Amna this week, she started to show symptoms of .... constipation.

Awal-awal haritu buat oat cair, lepastu nanny dia complain cakap bubur cair. Ok, the next day Tuesday I didn't add water to the oatmeal tu. Steam je, and campur pumpkin.

Masuk hari Rabu, Amna masih lagi tak poo poo. Last sekali poo poo hari Isnin. Aih. Parah ni. Lunch hour Rabu tu jugak cari prune kat Alamanda. Kat Carrefour ada Sunsweet and another brand. Tu pun ada preservative. Terus ke ColdStorage - memang dijamin ada organic food. Cari-cari, ada laaa pitted dried prune. Senang hati beli. Harga RM9.29.

Malam tu jugak bagi steam prunes dan dilute dengan air. Bagi Amna makan macam tu je. Lepas makan tu terus buat senaman basikal dan urut-urut area tummy. Jumaat, terus bekalkan pumpkin + prunes. Tengah hari lunch hour Jumaat tu dah beli plum, yogurt and sweet potatoes. Balik tu, tanya nanny dia berak tak. Jawapan : Masih lagi belum. Pasrah jela kan. Amna takde pulak macam tak selesa ke apa. Relax je Amna. Ibu and Ayah pulak gabra.

Petang tu sambil tengok tv, husband belum balik dari main bola. Amna dah lain macam. Nak kata nangis tak nangis. Pastu check diaper, oooo... Poopoo rupanya. Tapi agak seksa la tengok dia tu. Tak biasala katakan. Biasa melambak. Ni ketul-ketul :P.

Kesian gila tengok dia tarik nafas dalam-dalam. Sampai bunyi "Eeeeeekkk" gitu. Amna nangis mintak moral support. Sambil-sambil tunggu dia poopoo, saya pun dukung dia bawak pegi jalan-jalan dalam rumah. Senyap je. Pastu duduk sambil bersandar tu. Dahi Amna siap ada peluh lagi. Macam nak terperosok mata dia tengah poopoo. Nak gelak pun ada. Pastu bila Rezal balik dari main bola, got her nappy changed. Dia pun bergolek-golek happy main atas mattress sambil tengok tv.

Malam tu the husband pegi pasar malam, I was left alone with Amna. She made the same sound again. Bunyi tarik nafas dalam-dalam. Quickly I carried her and duduk bersandar kat sofa. Intai-intai (korang akan terbiasa punya intai diaper anak esok-esok ehehehhe) Oooooo... poopoo... Berusaha betul dia. Kesian sangat-sangat. Sambil tenangkan Amna and urut belakang bagi dia rasa selesa. Tak lama lepas tu, dia ok sikit, pergi tukar nappy dia. Lepas je tukar nappy. Eh, macam tak pernah sembelit je. Suka hati habis. Heheheheh~ 

Sunday lunch, bagi Amna makan oat + yogurt + prune. Ready jela kan sebab Amna tak poopoo lagi. Adoi.

Ini ibu pulak perut memulas-mulas sebab makan plum. Baik, esok ibu bekalkan puree plum. Hahahahahha~