Setahun dah berlalu (Hijriya year). Teringat waktu-waktu Ramadhan tahun lepas = melepek sebab morning sickness yang boleh tahan teruk. Hari-hari duk update nak makan apa heheheh...
Husband dah sibuk-sibuk nak belikan baju raya Amna. Amboi amboi, puasa pun belum. Atas saranan seorang rakan, kami akan membeli baju kurung raya Amna di SACC Mall, Shah Alam. Bukan apa, banyak sangat dah baju Amna yang tak muat, pyjama Amna yang Cip Ana bagi pun dah nak muat-muat, padahal pyjama tu untuk 9kg to 14kg kot. Rasanya berat Amna dah 7kg lebih, tapi tang panjang tu lah kan. Fara sampai cakap panjang-panjang sangat nanti takde calon Malaysia nak kawin. Kena carik obersi katanya ehehehee~
Hari ini mahu balik kampung! Yeayeahhh... And my car put up to test, banyak makan minyak ke tak. Setakat ni, boleh tahan makan banyak jugak. Tengok cara pemanduan. Eh, baru perasan selama berkereta baru ni tak pernah ambik gambar dengan kereta. Hehehhe... Nantilah ye. Tungguuuu~!!!
Ramadhan Mubarak to all. Alhamdulillah tahun ini masih diketemukan dengan Ramadhan. Dah niat nak bawak Amna pegi surau/masjid. Siap beli Boba Wrap dengan Bibi lagi. Hehehehhe :D
No comments:
Post a Comment