Haritu kereta husband accident. Kali ni kereta saya pulak. Dilanggar motor. Macam tak percaya kan?
| Sedih :'( |
Kejadian berlaku Jumaat lepas. Motor dari opposite direction langgar lampu merah di simpang Kelab Tasik Putrajaya tu. Punyalah laju motor tu sampai kitorang tak tau what hit us at first. Then bila tengok, ada mamat dah tergolek atas jalan. Kereta saya tu belum berusia 2 bulan pun.
First thing that came to my mind was Amna. Tengok belakang Amna dah menggelungsur sikit dari car seat. Terus saya angkat dia sambil nangis, sebab Amna tengah tidur. Bila angkat Amna, baru Amna nangis. Syukur Amna ok, and terus suruh adik bawak pegi check kat emergency.
Dalam masa 10 minit je ambulance and traffic police sampai. Cepat okeh. Dannnn tonto pun datang. Mamat motor tu rasanya bawak dalam 120km/h. Masa husband kat emergency tu, bos mamat motor tu ada. Budak tu keje pak guard kat Presint 15. Pagi tadi polis call cakap budak tu kena masukkan besi kat kaki and tangan. Harap-haraplah dia ok. Kereta tu harta dunia, tapi nikmat sihat tu lebih berharga. Kalau dah masuk besi, mestilah selalu sakit-sakit badan kan?
Saya nak tepek gambar Amna untuk menggembirakan hati sendiri :)
| Pengubat duka :) |
11 comments:
dasyatnye keta ko niha... sabar ye insyaAllah ada rezeki yg lain, yg penting semuanya selamat... tp aku tau, mesti stress gler sbb baruuu je kan dpt keta tu, bau dia pon tak hilang lg, ntah2 servis pertama pon lom kot, hihi... sabarrr... rawatlah hati mu yg luka itu dgn berhari raya bersama hubby & amna chomel, ok? btw, guana nok blk kg? keta hubby pon eskiden haitu kan?
kete husband ada kat bengkel lagi. semalam pegi tengok and insha Allah siap this week. hajatnya nak balik hari jumaat. but then tengok keadaanla kan kete tu siap bila.
mau tak seteres. 2 hari monyok. semalam pun takde semangat nak pegi keje. service 1000km dah pegi haritu. ni nak servis 5000km, konon nak pegi before balik kampung. sekali jadi mcam ni T___T
alhamdulillah you and amna are ok. tapi betulla, mcm tak caya kena langgar dengan motor. memang mamat tuh bawak lajulah kalau jadi mcm tuh.
jangan sedih2 niha. ni dugaan ramadhan. surely through hardship, comes ease :)
kak mala : the funny part was, my choc chip caramel buy one free one terpelanting dalam kete and habis melimpah kat tempat gear. nasib baik dah minum lagi satu. hehehehhe~
and yes, memang mamat tu bawak laju. polis pun cakap sebab ada cctv. wuwuwuuuu~
gila teruk!!! langgar moto je pon???
kak ina : kan? tersangatlah bengang rasanya.
masa eksiden ni rezal ada sekali tak? ke awak ngan amna je?
awak on the way ke rumah mak ke masa tu?
adohai..tak tahu nak ckp apa bila tgk rupa kereta tu.
kak ti : rezal yang bawak kete, on the way balik rumah P11. motor tu tu dari arah P9, patutnya stop. dia belasah je press ingat sempat kejar lampu (paadhal yg hijau time tu bukan untuk pegi straight, meaning dia langgar lampu merah).
kita ni slow je bawak kete, tau2 je kete dah pecah cermin, nyaris2 langgar traffic light kat tepi tu.
dasyatnya motor tu langgar...dugaan di bulan Ramadhan....
nasib baik la amna ok...takut dia terkejut je....
aini : kitorg mcm termenung je lepas balik rumah malam tu. tak terkata. dugaan yang agak hebat. sebab kete rezal dalam workshop lagi. alhamdulillah Amna masih lagi gelak2 balik tu. :)
memang dugaan hebat tu...dah la minggu akhir ramadhan...nk raya pulak tu...tengok kereta tu pun macam tak percaya teruk kena dengan motor...
Harap keta rezal cepat keluar workshop tu...
Post a Comment