Sejak Amna constipated ni kan, hari-hari saya bekalkan dia dengan apa saja puree, tapi mesti tambah yogurt and plum puree.
So, semalam beliau telah poopoo dengan jayanya - 3 kali!. Nampak sangat dah tak poopoo banyak hari. But this time dia tak nangis. Dia relax saje, tapi aksi meneran tu ada la sikit - di ceruk sofa. Penuh gaya katanya... Teringat Pa cakap dulu tiap kali saya nak poopoo, saya menyorok belakang pintu heheheheeee...
Macam mana nak buat prune puree?? Kacang sangat. Owh, nasihat saya, dapatkan prune yang tiada bahan pengawet. Sunsweet punya ada pengawet dan additives, walaupun katanya vitamin C, still, considered as additive la kan. Jadi make sure tengok dulu ingredients kat belakang - prune semata-mata. Nak beli fresh, agak payah nak jumpa kat Malaysia ni yang organic (Tesco ada, but nak pergi jauhla pulak kan hehe), so saya beli yang dried pitted prunes kat Cold Storage je.
Steps :
- Steam prunes with a little bit of water for 10 minutes
- Mash the prunes until the consistency is to your liking.
- Ready to eat.
Pagi petang siang malam duk sumbat Amna dengan prunes and yogurt. Malam semalam - snack prune yogurt. Yogurt tu pun make sure full cream, NO additives or low fat or salt or anything. Just natural yogurt. Saya beli brand Farm Fresh hehehe~ Kacau-kacau dengan prune puree bagi dia makan, jangan panaskan pulak. Kang habis live active cultures yang bagus untuk perut tu. Surprisingly Amna suka sangat! Sampai kena buat second batch. Bukan Amna je yang suka, ibu punnnn hahahaha! Habis berlemoih mulut. Orang bagi sudu kosong je, dia tak puas hati, nangis la apa lagi :P
| Credit to Maghfarah Che Mansor Ini la dia yogurt tu. Make sure you baby pass the 4-days rule tu ye. Jangan bagi terus banyak-banyak pulak. |
Hari ini Amna dah 8 bulan! So boleh introduce sikit-sikit ayam, I'll start with chicken stock that I made last week! Dah frozen siap-siap hehehehe~ Lepas ni bolehla nak masak bubur or oat, bekalkan dengan soup, so boleh dilute dengan bubur tu la kot. Ni yang terasa nak beli food feeder - snack in between meals.
| Dah pandai sangat posing. Asal nampak camera je semedang sengih. Owh, kelihatan Ayahnya berbaju oren melepek di belakang :P |
| Aaaa.... Omnomnomnomnomnommmm |
| Gambar pagi tadi on the way sending her to the nursery. Silau. Pakai spek hitam gituuu :D |
| Berkerak hidung, tapi marah sangat bila orang suik hidung dia :P (ok, gigi Ibu nampak macam gigi rabbit) |
Today saya bekalkan 2 jenis (biasanya 2-2 bekas benda yang sama hehe) - oat + yogurt + dates and pumpkin + yogurt + prunes. Next week boleh intro benda lain pulak lah kan. Boring pulak asyik tengok makan benda sama je.
Husband ada bagitau maybe nak pegi Zoo Negara this week. Alang-alang nak hantar Cuda (my sister in-law) pindah ke UK Perdana, bolehla melencong terus. Jadi, persiapan makanan untuk Amna perlu ada! Nak bawah thermos makanan macam "Amboiii... kau sorang yang kononnya masak untuk anak kau." Plus penuh nanti shopping bag kat bawah stroller Amna tu. Dah survey vacuum flask, tapi harga untuk bekas sebesar tapak tangan ialah RM22!!! T____T. Tersedak kejap tengok.
Things I will buy for next recipe is:
- Atta flour (try nak buat lempeng kekdahnya hehe - Amna kan dah ada gigi)
- Telur (nak intro egg yolk sesudu this weekend)
- Cheese! (boleh buat broccoli + cheese + yogurt) ok, ibu yang terliur.
- Black raisins (or boleh mintak free je dengan Mak kan kan kannnn :P)
- Tomatoes (nak buat homemade tomato puree - boleh masak pasta pasni haha)
Banyak je recipes for baby 8 months ni. Mommies, tryla usha blog Maghfarah tu. Boleh alter recipes kalau dah takde idea sangat.
p/s : Bibi, baby 6 bulan sekali sehari je makan, so no problem. Dia takkan boring. Heheheh~ kalau dah namanya 4-days rule tu, sempat sangat Aliya masuk 7 bulan boleh makan campur-campur puree heheheh~
5 comments:
saya suka baca blog dr halina. dia selalu bg respi makanan bayi yg dia masakkan utk anak dia.
baca jugak. tapi makanan dia jenis mahal2. hahahah~
btw, post 1oct tu masuk draft balik. huhuhuuu
tp tgk dia masak mcm ringkas je. kentang lenyek, kentang bakar dll.
kakaka..tu mesti rasa bersalah mengupkan entry yg tak sepatutnya. saya pon ada buat gitu. hehehe...bkn ape, takut nanti ade yg baca lantas berkecil hati lalu tidak tegur.
tu la so far tk campur-campur lagi.. tapi macam tkde idea on fruits.. ari tu dah bg apple n peach... pear macam tk menarik.. sebb lepas i buat sgt watery...
skrang ni i dah bagi 2x mkn... pagi anything mix with oat.. ptg without oat..
this week.. tiap2 pagi aliya makan kurma + oat.. hahah kesian die.. boring kot.. sampai jumaat ni 7 hari la kot..
kakti : macam lagu anak rusa nani je? "apa salah kami lalu tidak tegur" hahahaa~
bibi : pear bila blend jangan campur air. memag agak watery, but i dulu bagi yg tu for 1st intro solid Amna :P. sedap sebenanya - manis. so kalau u nak pemanis, salah satunya pear. boleh tambah prunes or dates - pun ok sebagai sweetener :D
tiap2 pagi makan oats? huyooo... kalau Amna dah lama sembelit haha...try sweet potatoes. sangat sedappp!!! sebab dah carbo, so maybe takdela hari2 makan oats je. actually fruits banyak boleh bagi... bananas tak payag masak - senang lenyek2. carrots pun ok. pumpkin - sedap.
dalam my df ada : apples, broccoli, carrots (ABC gitu hehe), chicken stock, oats, pumpkin, sweet potatoes. dalam fridge biasa i simpan : kurma puree, prunes puree and yogurt.
avocado mcm tak berjaya sebab susah nak jumpa avocado yang ok. i nak peram haritu, tengok2 dah lembam. terus ibu je yang makan :P. perhaps lepasnui boleh bagi avocado lenyek2 + dates heheheh~
Post a Comment