Dah seminggu asyik melepek. Weekend memang takde aktiviti berfaedah langsung sampai husband tegur "Sayang ni weekend tergolek je. Bangun la jom pegi jalan-jalan". The prob is, how was I supposed to get up and walk around when the body refuses to do so? I've been having this stomachache the whole week. Asal makan je, sakit perut, kembung and sebu perut (which ends at the toilet). Sakit perut Allah je tahu. Tergolek-golek tahan sakit. Memang angin baekkkk punya sampai meremang bulu roma tahan sakit.
Cerita kelakar semalam.
Tengah hari my husband cooked for lunch Ayam Masak Kicap and Sup Sayur. Pergh. Dah pandai sekrang dia ni. Refer online recipes. Yela, usually on weekends I'll be the chef but as per lately sakit perut dah seminggu, terbaring jela tunggu orang siap masak :D. Saya makan sikit je sebab sakit perut. Tu pun kena paksa dengan husband suruh makan nasik banyak sikit. Sumbat saje. Dalam otak dah set, lepas ni mesti sakit perut balik. Tunggu punya tunggu kedatangan sakit perut tu, eh tak sakit perut la pulak. Around 4pm, badan rasa tak larat. Lethargic macam kurang gula. Terus mintak nasik lagi. Kali ni makan bertambah okehhhh... Lepak-lepak tengok TV tunggu Asar. Husband suruh siap-siap sebab lepas tu nak ajak pergi jalan-jalan. Boring dah duduk rumah 2 hari tak keluar.
Kami pun menuju ke destinasi yang belum ditentukan lagi. Dalam kereta, tiba-tiba saya sakit perut balik. Baru 100 meter keluar dari rumah.
"Abang, nak kentut..." tak sempat habis cakap dah terkentut. Kentut baekkkk punya. Selang 2 saat...
"Erk...busuknyaaaa!!! Cepat bukak tingkap!!!" Satu kereta bau kentut busuk. Bukak aircond to the max and bukak tingkap luas-luas. Sambil gelak-gelak my husband said
"Abang tak pernah bau lagi kentut teruk macam ni. Try update kat facebook nak? 'Tadi kentut dalam kereta sampai kena bukak tingkap sebab busuk sangat'. Hahahhahaha..." Keji okeh my husband. Dia yang beria sangat ajak kita keluar. Elehhhhh... dia pun kentut busuk jugak. Takde kentut bau wangi okeh. But seriously, seingat saya, tak pernah lagi kentut busuk macam tu. Bau macam telur busuk. Sah-sah gas sulphur menguasai perut. Eheh. Sihat sekejap perut. Terus ajak husband pergi makan ABC kat Presint Diplomatik :P (plus makan chapatti tak sedap huhu). Ok, perangai memang tak senonoh semenjak mengandung ni:
- Duduk/baring je (read : MALAS).
- Suka bukak kipas laju-laju. Panas katanya. Sampai husband selsema. Hehe. Awal-awal pregnant toksah cakapla, mengamuk aje time panas. Sampai husband kena bawak jalan-jalan naik kereta sebab kereta ada aircond haha.
- Selamba kentut tak kira masa. (Ok, ni kat rumah je. Kat luar carik port dulu. Kang pengsan pulak orang lain).
Since keadaan hampir cirit-birit ni dah berlarutan selama seminggu, saya membuat bacaan. Banyak perkara yang boleh menyebabkan diarrhea. Owh, masuk bulan ke tujuh ni, selalu rasa tak selesa. Salah position tidur pun boleh rasa macam tak bernafas. Semalam tidur dalam posisi menyandar. Tak boleh nak baring mengiring sebab sakit pinggang. Funny thing is, sometimes obviously perut senget sebab baby gerak and dia suka terperuk kat satu corner. Bayangkan perut senget sebelah? Movements baby jugak menyebabkan bowel movement yang kerap or what we call changes in bowel movement. That's from what I read. But then, we never know until we ask the O&G.
Husband duk haruk-haruk nak makan Souffle. Ni gara-gara tengok Masterchef banyak sangat la ni. And he's addicted to Gordon Ramsay. He even searched on Youtube on how-to's. You know, how to dice onions, julienne things etc2. Dengan bersungguhnya dia cakap "I'm thinking of changing my career. Abang nak masuk Masterchef la next year". Perghhhh besarnya cita-cita. Takpelah. yang penting, dia asah skill memasak. He's good at keeping the house clean too. Saya takat do the dishes once in a while boleh la. Lama-lama tak larat nak berdiri. Sakit pinggang and sakit tumit. Kalau daun penuh sangat depan rumah, bolehla sapu sikit-sikit.
Saya tengah mempertimbangkan sama ada nak berpantang kat Putrajaya or rumah MIL. Bukan apa, my MIL is being concern sebab takde orang nak jaga saya, yela my mom is still working. Tengok keadaan dulu lah. Segan jugak duduk rumah MIL. Saya ni kan jenis mengada-ngada. Malam-malam nak orang picitkan kaki. Sakit perut nak pergi toilet selalu suruh husband teman (takut terjatuh konon). Hm. Ada lagi sebulan nak fikir ni. :D
Ok, sekian repekan kali ini.
7 comments:
klako la mung ni. hee. update lahhh fb tu kentut. :p
haha, kentut tu dah menjadi benda biasa kan? skg pun angin mcm banyak dlm badan, kalau tak keluar ikut atas mesti keluar ikut bawah.
Mekjaa : seganlahhhhh miahahahaaaa...
Zet : sampai tahap mmg tunggu kentut sbb asyik meragam je perut. Lepas makan mesti sebu. So if tak dapat burp, pastikan anda kentut puas-puas hahahaaaa
Niha, masa preggie memang akan selalu rasa bloated and heart-burn. I dulu heart-burn sakit gila. Silap makan sikit memanglah kena.
Anyways, nak share kat u tips untuk senang tidur untuk ibu mengandung from my blogger frens. Here's the link ---> http://nadxoxo.blogspot.com/2010/08/doktor-kata.html
hope it helps! Pasnie jangan tidur menyandar dah tau, kesian kat baby tu terpenyek dia nanti,pastu tak cukup ruang nak buat summersault. hehehe
iema : i mmg tido bantal macam yang dia tunjuk tu. perhaps sebab perut i besar sangat kot? nak mengiring pun dah tak boleh lama2 sbb pelvic akan rasa sakit.
tido terlentang sekali sekala sada best. tapi baby gerak sampai tak boleh tido. huhuhuhu :P
sepengalaman aku, baik duk umoh mok sendiri...w/pon mok kite keje...sbb aku nih pum, jenih manje gop...xdok laki sendiri pum, kurang2 ade adik beradik yg boleh tlg aku...ngeeee ;p
rini : adik beradik aku semua study/keje. balik pun malam. tu yg MIL aku tawarkan diri.
Post a Comment