Wednesday, September 19, 2012

Product : Nose Cleaner


Amna kan selsema lately. Sebenarnya beli nose cleaner ni dah lama. Baru nak buat review. Awal-awal masa Amna selsema (for the first time), beli penyedut yang bulb tu. Tak jalannnnn... Hidung beliau kecik. Jadi satu hari tu saya berjalan-jalan kat Parkson Alamanda, tengok, eh, ada nose cleaner ala yang Fara cakap tapi versi lain sikit. Yang Fara cakap tu macam straw.

Yang tube panjang tu untuk letak kat mulut. Macam bulb kecik tu letak kat hidung baby. Clear bottle tu nanti hingus masuk situ.

Hasilnya? Marvelousssss... Hingus Amna berjaya disedut. Tapi macam biasa, struggle lebih sikit sebab dia memang tak suka orang pegang2 hidung dia ni. Ibu pulak suka jeee korek-korek hidung Amna sebab asyik berkerak. Tu yang dia ngamuk sakan :P. Tapi tengok-tengok jugak sebab kadang-kadang ada back flow, hingus masuk kat straw tu. Product cakap takde back flow, tipuuuu... Tapi jangan bimbang, tak sempat termasuk dalam mulut anda. Lainlah kalau anda jenis sedut hingus anak sampai naik sheikh, pastu tak perasan sudah back flow dan hingus pulak masuk dalam mulut anda :P

Sila lah beli nose cleaner ni kalau ada yang jenis tak sanggup sedut pakai mulut directly. Bukan saya tak pernah sedut, tapi tiap kali sedut pakai mulut sendiri, tak feel. Macam tak keluar pun hingus tu. Poyo je kan ibu macam ni :P

2 comments:

marmalade said...

bole try on adults ke benda nih? hahahahahahahha yucksssssss

nihadriz said...

kak mala nak sedut hingus siapa??? hahaha~ for babies ok la sebab diorang tak pandai nak hembus hingus keluar :P