Saturday, January 12, 2013

Amna - 11 Months Young

Gambar kat Kids Clinic, Seri Kembangan

Lama tak upate on Amna kan. Amna baru baik diarrhea. Sedih sangat. Sudah kurus anakanda saya ni. By the way, saya syak fat burner cream yang saya pakai tu jadi culprit sebab semalam saya tak pakai, terus beliau tak cirit-birit dah. Aduhai. Macam mana ibu nak menguruskan diri ni. Dahla tak sempat exercise huhuhuh *alasan hehe*. So testimony aku Puan Yaya : breastfeeding mommies perhaps ada yang tak boleh pakai Felinna tu. Takut nak testing balik sebab baru je Amna stop diarrhea  tak pasal-pasal kang diarrhea balik *ngeri*

Berat turun 500g. Dari 8.2kg turun ke 7.7kg je T____T

Pergi ke Midvalley sampai kena mandi dalam toilet sebab bocorrrrrrr. Penuh satu diaper sampai ibu sendiri rasa macam nak mandi. Nangis je dia masa mandikan air sejuk. Dah tu je yang ada kat changing area tu. Eh toilet for kids kat Jusco adalah sangat best sebab sangat user and baby friendly hehehe. Eh. Lari topik pulak.

Alhamdulillah semalam Amna dah ok sikit. Dalam duk dia tak berapa sihat tu, gagah lagi main malam-malam cuma for shorter period. banyak minum susu je. Semalam baru makan potato wedges dengan selera sekali. Tu pun lately asyik nak makan benda-benda sejuk. Imagine cold EBM dan cold porridge. I mean ice cold. I suspected to due her 3 teeth sprouting at the same time and she's been keen on biting me lately. Apesal suka gigit Ibu ye? Sila gigit Ayah sekali.

Kesian Amna. Ni kali kedua beliau cirit-birit dalam masa 1 tahun. First was during my confinement period - salah makan. Tak boleh makan bayam rupanyaaaa~

Ok la. Kerja banyak. Petang nak attend meeting lah pulak.

No comments: