Cerita 1
Sepatutnya pergi kenduri Akmal on last Saturday. Dah siap-siap kemas barang tunggu kereta je. Last minute cancelled. Geram sampai emotional satu hari. Nak cerita panjang pun tak guna. Kesimpulannya bengang sampai sudah. Ada orang guna alasan tempat tu jauhla, nanti sampai lambat pastu nak balik terus, etc. Tak nak ikut bagitau jelah awal-awal kan senang beli ticket flight. Takde la sibuk nak service kereta bagai. -_-
Nak cerita panjang karang lagi emo jadinya.
Cerita 2
Makcik-makcik kat sini dah bertahun-tahun buat clerical job tapi tak pandai buat mail merge or simple table pakai Excel. Tak tau nak comment apa. Kalau duk harapkan pegawai buat semua, baik tak payah ambik PT kan. Suruh transfer maklumat pun kemain banyak alasan. Ni lah typical penjawat awam. Pukul 5 dah beratur depan punch card machine tunggu nak balik.
Cerita 3
Dan staf kat sini jenis kuat mengadu or bawak cerita. Ada orang dah kena sound direct kan. Pastu lantak engkaulah nak hidup ke nak mati ke. Aku dah tak peduli. Aku hormat korang sebagai orang lebih tua tapi korang tak hormat aku sebagai pegawai atasan. Ni duk bercerita pasal kenaikan gaji. Aku gelak jelah dalam hati. Naik gaji 40 kali pun kalau minda takat tu je memang takde guna. Diorang ni kalau duk kat swasta dah pasti-pasti dapat surat layang atau surat berhenti kerja.
-------
Update Amna.
Dah kebelakangan dia berjaga malam. Walaupun dah tak tidur siang, dia tetap berjaga malam sampai pagi nak hantar ke nursery baru tidur. Kita ni duk bimbangkan dia tak cukup makan sebab asyik tidur je kan. Kena stock up pisang sebab lebih mengenyangkan. Buat pancakes dia tak nak. Sibuk duk kutis kismis kat pancakes tu je T___T
No comments:
Post a Comment