Thursday, April 15, 2010

Cincin dan Kereta

Cincin telah dijumpai. Gembira sebab tidak perlu mendengar ada orang duk sibuk tanya pasal cincin dah jumpa ke belum. Yela, saya memang cuai. Berjuta kali dah saya meletakkan cincin tanpa sedar (dan barang-barang lain juga). Lain kali saya rasa perlu tepek 'Post-it Note' di dahi atau tulis besar-besar 'To-do List'. Owh, the day that I told Encik Skema about the misplacement, the next day he got into a small accident. I was wondering whether he got soooo upset that his mind was elsewhere, ended up denting his car (his first girlfriend). Knowing him, the-slowest-driver-I've-known (and also extra careful, but that doesn't mean he's a good driver haha), that incident could be classified as one of RARE cases.

Speaking of drivers, pagi-pagi saya sudah mahu naik angin kerana ada sesetengah pemandu yang sangat bangsat tidak memberi isyarat ketika mahu tukar lane. Hello, bagi signal macamla kena bayar kan?! Buat apa ada lampu signal kalau tak guna? Kereta je besar tapi otak kat lutut. Mampu beli kereta besar, insurance bayar ribu-ribu tiap-tiap tahun, tapi bodoh tahap takde perkataan nak gambarkan. Nak je sodok kereta dia (tak sedar diri pakai Kancil je hehe). Orang-orang macam ni time test dengan JPJ pandai pulak buat semua-semua tu termasuklah bagi signal walaupun takde kereta kat lane sebelah. Mana budi bahasa orang Malaysia ni??? Kalau hari-hari saya naik angin macam ni, lama-lama saya boleh sakit jantung dan darah tinggi sebelum umur 30 tahun.

Ramai yang marahkan lady drivers (ye saya mengaku mereka memang antara yang saya mahu sekeh), tetapi ramai juga pemandu lelaki yang memang kurang ajar. Bajet bawak kereta besar tak perlu bagi signal ke? Lepas tu kalau bawak kereta besar laju-laju pakai plet 1 atau 2 angka tak perlu bagi signal ke?? Apa guna diciptakan lampu isyarat kiri dan kanan tu??? Owh, lupa. Lampu tu digunakan sebagai hiasan pelengkap kereta...

Ramai juga pemandu yang memandu di lorong paling kanan dengan kelajuan 70km/j. Wahai pemandu-pemandu sekalian, ini bukan Amerika. Kalau kereta di lorong paling kiri pun boleh over take lane tengah, faham-faham sendirila...Setakat ekzos bunyi meraung-raung tapi merangkak, memang hari-hari orang lain menyumpah. Sudahla pencemaran bunyi, tambah pulak sakit hati bawak kereta lembap nak mampus. Hal ini ditujukan terutamanya kepada Evo-Wannabes (kereta Waja yang diubahsuai menyerupai Mitsubishi Evo) atau Mira-Wannbes (Kancil atau Kenari yang diubahsuai menyerupai Daihatsu Mira) dan mana-mana kereta yang Wannabes (Passo-Wannabes, Merce-Wannabes etc..). Sila sedar diri.

Pagi-pagi tugasan utama sebelum ke pejabat, saya perlu menghantar adik ke sekolah (ye, dia sangat malas mahu berjalan kaki atau menaiki bas. Alasan utama - soal keselamatan dan tak reti naik bas - saya tahu soal tak reti naik bas adalah mustahil kerana dia boleh menunggu bas untuk ke Alamanda). Ibu bapa yang menurunkan anak-anak di tepi jalan seringkali berhenti di tepi tanpa memberi isyarat. Akibatnya, makan sumpahan berbakul-bakul dari saya. Sila jadi pemandu berhemah. Saya sudah penat memulakan hari dengan perasaan yang sangat tak best kerana perlu menghadapi kesesakan lalu lintas yang semakin teruk di Putrajaya ni. Saya perlu menenangkan jiwa! (dan study untuk PTK).

4 comments:

Phoebus Athenos said...

weiiii jom study sesamaaaaaaa

nihadriz said...

marilahhhhh!!! aku nak print notes from rosli tu. ahaks. tp aku rasa satu hapa pun tak ingat walaupun aku dah belek2 :P

marmalade said...

study study jangan tak study!
also jangan lupa buat slides skt hahahah

nihadriz said...

kak mala, u already got the results?

slide tu yang biasa2 je eh? uhukkkk...
SKT banyak tak tercapai lg ni.