Perut saya berbunyi-bunyi lagi. Lately memang makan banyakla...Isk...takleh jadi ni! Saya berkeputusan untuk meneruskan puasa hari Isnin saya walaupun perut dah mengaruk minta diisi. Mari kita surf the Net untuk mendapatkan recipe Chocolate Fudge yang senang supaya saya yang pemalas ni boleh buat bila-bila masa saje heheheheee...(errmm...baru je komplen makan banyak tadi!).
Rumah saya memang seringkali dikunjungi saudara-mara. Segan jugak kalau takde kuih-muih nak dihidangkan. Kebetulan haritu buat Chocolate Moist Cupcakes untuk Encik Rezal yang ada meeting di KL (boleh minta jika mahu. Sepupu siap boleh meniaga dengan recipe Moist Chocolate Cake saya tu hehe), lepas tu Dr. Suhaimi datang dengan wife and baby. Memang langkah kanan betul diorang tu. Sempat jugak makan cupcakes yang saya buat :D (anak Dr. Suhaimi sangat cute, rambut kerinting macam Maggi hehehe).
Sementara menyaiko otak untuk tidak berasa lapar (dan berusaha untuk mengurangkan jumlah lemak di kawasan perut yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini), saya sedang browse through untuk gubahan duit hantaran. Saya dah dapat idea supaya gubahan tu simple and sweet, iaitu dengan menyusun duit-suit tersebut dalam Square Frame IKEA tu (saya masih lagi simpan, tak guna lagi hehehe). Jimat!
Saya perlukan ideaaaaa~!!!
No comments:
Post a Comment