Monday, December 13, 2010

Perpindahan Serta-Merta

Ok. Fine. Mari berpindah secepat mungkin supaya semua orang susah. Wahahahaaa~

Wahai Semboyan Utama Batalion Diri, perpindahan hamba adalah arahan tuan hamba jua. Selepas ini, biarlah orang lain bertungkus lumus menjerumuskan dan menghambakan diri kepada tuan hamba. Adapun demikian, Ketua Pacal Paling Kanan akur sahaja sehingga tiada berkata apa-apa. Nasibla labu. Sesiapa sahaja yang menggalas tugas hamba selepas ini haruslah tahan telinga, dan sentiasa dalam keadaan siap siaga menerima makian serta ulasan-ulasan pedas dari Semboyan Utama Batalion.

Selamat tinggal istana. Hamba undur diri dahulu. Hamba telah ditukarkan ke Batalion lain. Batalion yang mengaturkan pengajaran dan pembelajaran. Hamba telahpun melaporkan diri di sana 2 minggu lepas. Harap-haraplah semuanya menyegarkan minda. :)

p/s: Semboyan Utama Batalion Diri, walaupun tuan hamba tu bos besar, tapi tak perlu lah emosional sehingga semua orang pun membenci tuan hamba. Timbalan Semboyan Utama juga, biarlah bertempat arahan tuan hamba berdua. Pesan dari hamba, pacal sahaja.

No comments: