As of lately, my mood swings tremendously. Pity my husband, who has to bear all the consequences. He mentioned that I have to be properly fed, enough sleep and good rest in order to 'function' as usual. Hehehehehe...sorry ye :P
We went for a movie at the Pavilion. He wanted to watch Ngangkung, so I decided it's ok walaupun nak sangat-sangat tengok cerita Rapunzel. Had dinner at Nando's (sedappppp). Ngangkung? Takut-takut jugak. Ada scene terkejut. Moral values tetap ada. But as for me, bolehlaaaa...plot agak longgar (macamla terer sangat yang tukang komen tu).
| Macam biasa, menggedik/camwhore Hahahahahaaaaa... (Amaran : Untuk pasangan yang telah berkahwin sahaja) |
Dalam duk moody tu akhernyaaaa...tadaaaa Nasi Lemak Daun Pisang Ala Niha yang bertarikh Sabtu, 11 December 2010
Bahan-bahan :
Nasi Lemak
2 cawan beras
1 cawan air - boleh ditambah setengah cawan air kalau nasi kurang masak
1/2 - 1 cawan santan (pati) - boleh kurangkan, syaratnya ganti dengan air
1 batang serai - ketuk
4-5 ulas bawang merah - dimayang halus
2 ulas bawang putih - dimayang halus
1cm halia - dihiris halus
2 helai daun pandan
1 sudu kecil halba
Garam secukup rasa
Sambal Tumis Ikan Bilis
Ikan bilis dibersihkan, goreng hingga garing
Serbuk pati ikan bilis ATAU
Ambil sedikit ikan bilis yang digoreng tadi, tumbuk
20 ulas bawang merah (mahu banyak kuah, lebihkan) } dikisar sekali dengan
5-6 ulas bawang putih } sedikit minyak masak
2-3 senduk cili giling - boleh tambah sekiranya mahu pedas
Air asam jawa
Gula melaka
Gula pasir
Garam secukup rasa
Bahan Tambahan
Kangkung - dicelur air dengan sedikit garam
Timun
Telur goreng
| Amah jadian :P Abaikan segala yang berserakan di lantai Malu je hohohoo~ |
| Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau Kemudian masukkan air dan santan |
| Hidangkan bersama telur goreng / telur rebus |
| Atau jika suka, bolehlah dimakan bersama timun dan kangkung celur (Nota : Lapik dengan daun pisang untuk lebih authentic :P) |
Begitulah cara kami meluangkan masa bersama dengan aktiviti berfaedah. Encik Rezalman bagi 4 bintang untuk nasi lemak ni.
Ulasan pengkritik : "Kalau ikan bilis garing dan nasi lemak kurang sikit santan, Abang bagi 5 bintang."
Yela tu abang. Nak terer, masak sendiri ye. Lepas ni kita tengok Encik Rezalman pulak yang masak. Next recipe, wait until the next update. Ngeeee~
p/s : atas saranan Hasina Terubuzzu, santan dituang selepas nasik masak, lebih sedap katanya. :)
10 comments:
apehal masak atas lantai???
barang-barang penuh n banyak. mula-mula berdiri jugak. so bentang paper atas lantai n duduk je situ. lagipun lenguh diri lama2. heheheh...
i'm curious.
kenapa pakai cincin di jari tengah dan bukan di jari manis? :)
kak mala : because of a simple reason - longgar. heheheheh~
sedap tengok nasi lemak ni.. tetiba lapar plak ehehheheheh
Sooo cute....aku sgt suka entry ni sebab nasi lemak ko nampak sangat menyelerakan. (^_^)
kak min : indulgence! :D
jaja : tiba2 teringat lagu "nasi lemak" time sekolah rendah dulu. lagu dia
"nasi lemak, nasi lemak...
mari makan nasi lemak,
kita makan waktu pagi,
tidak lapar siang hari.
ada lauk sambal tumis,
kalau pedas jangan nangis,
mari lekas adik manis,
kalau lambat nanti habis"
kekekekee~
oo.. ni mesti kes xde meja mkn lg knnn...
niha,
mase kecik-kecik dulu awak suke berlakon jd penjual nasik lemak. bawak bakul lps tu jerit nasyik omak! nasyik omak!
nostalgia.....
kelly : ada meja makan, tapi kat depan. hehe...dapur sempit.
kak ti : mak ani penah gok cerita hok tu. lawak je. ehhehhehe~
Post a Comment