Friday, October 7, 2011

Takde Mood

2-3 hari ni bukannya busy sangat pun. Tapi memang takde idea nak tulis apa. Balik rumah, makan, tengok tv, pastu tido. Esok liatnya Subhanallah nak bangun macam nak suruh pegi bajak sawah pakai kerbau. Padahal ofis dengan rumah dekat je, lepastu bukan kena drive, husband hantarkan. Mungkin syndrome M berleluasa (Bukan Malahayati ye. Tetapi MALAS.)

2 malam lepas, husband demam. Kesian dia. Tengah tengok tv kat bawah tu, dia tertidur. Saya pun sentuh dahi, panas. Tuangkan air 100 Plus, kejutkan dia dan bagi dia minum. Kesian dia. Selama ni dia yang duk layan makan minum saya semua. Siap kemas rumah, doing the dishes etc. Pendek kata, urusan rumah dia buat. Saya bangun pagi, bersiap, minum susu yang dia buat lepastu tunggu dia hantarkan ke ofis.

Owh, rumah kami... Heaven! Dah boleh dikatakan 70% kelihatan seperti rumah normal. Abang ipar nak datang esok pagi. Husband kerja pulak. Jadi saya tengah fikirkan menu untuk esok. Yela, dapur tak pernah berasap lagi ni. Setakat guna oven and toaster, tak aci kira ye. Ni specifically untuk acara menumis dan memasak yang berbunyi kuali "cheng cheng chengggg" *bunyi ketukan sudip ke kuali kononnya* yang melibatkan percikan minyak panas sampai ada antara kita bersilat kat dapur.


Walaupun duit bulan ni mmg cukup-cukuppppp untuk makan je, husband dah fikir macam-macam nak beli time dapat gaji nanti. Dia duk excited pasal Belanjawan 2012 (ok, pasal perkataan Belanjawan tu kita bincang kemudian). Adoiiii... baru je nak bernafas fikir health insurance yang tak berbayar lagi (potongan auto-debit via bank account). Anyhow, memandangkan potongan insurance mencecah RM500, maka kami cepat-cepat keluarkan baki dalam account supaya tak kena potong tengah-tengah bulan nanti. Yela, kalau dah potong, nanti nak makan apa? Although we do not deny that we have our secret stash, I'm not fond of the idea of using up all the money. Yela, kalau ada emergency kan susah? At the moment, the urgency is not that bad. Asalkan hutang kereta, bil elektrik, bil air and UniFi dan bayar, it's 80% settled. Except for the health insurance.

Here goes the recent picture of the house :)

The root of all sengkek-ness.
Owh, kami suka lepak atas toto kaler biru tu sambil tengok tv. Ahaks.
Dining table yang mengkopakkan poket itu.
Inilah kaunter yang disebut-sebut tu. Nampak tak pintu tengah-tengah tu?
Transitional area. maybe untuk cooking. tapi bertingkap kecik. ces.
Owhhh...haritu lepas insiden terjatuh tangga, 4 hari kemudian baru pegi scan kat Poliklinik An-Nur P15. Anak ibu dah besar! Siap gerak-gerak dengan ganas sekali.

Olololoooo~
Disebabkan berat badan naik 4kg, maka saya mengambil inisiatif untuk bawak bekal salad ke ofis. Bertahan satu hari sahaja. Semalam tengah hari tak makan (sebab mengantuk). So, bila balik ngamuk-ngamuk lapar. Bila order pizza, saya makan 4 KEPING okehhhh!!! Dulu habis kuat makan 2 keping je. Macam mana nak maintain berat ni? Adoiiii...

Sekian karutan kali ini. :D

9 comments:

Siti said...

naik 4kg tu in a month ke guane?

kaunter tu kan, kalo cat hitam comel gok. beli la bar stool brg 2 butir. so, pg2 buleh sarapan kat situ so tak kecahkan main dining table. tp kaunter gini kalo dapo kecah terus nampak. mcm rumah saya jugak.

nihadriz said...

mmg nak beli stool supaya boleh makan kat kaunter punnn. tapi kaunter tu kena fix dulu sebab ampak tak corner belah kiri bawah tu? dah rosak sikit. tunggu maintenance sampai sudoh dok bekki. geram guh.

nihadriz said...

owh, ye. naik 4kg in a month :P

Siti said...

masyaallah dik oi..ape yg ko mkn ni ha?:P

nihadriz said...

errr...makan bila lapar...? :P

marmalade said...

hahaha malahayati.
patutlah asik terbatuk jeeeee hari jumaat lepas. ingatkan orang dok cakap pasal my picture masuk tv ke, budget ke kan. rupanya masuk blog niha. hahahahaha :p

nihadriz said...

ihiks. maybe kak mala terbatuk sbb H duk sebut2. hahahaha~

xetxet said...

beb, how long did you have to wait to get the house after you update your status kat bph?

nihadriz said...

zet : around 4-5 months. i actually applied in january, lepastu fax to bph sijil nikah sementara then just wait. kejap je la tu nak banding for the first house i waited for like more than 1 year :D

apply cepat! fara said if u want fatesrer, tell them kat mana rumah kosong yang u tengok tu. ;)