Friday, May 21, 2010

Luahan Hati

Sekarang dah hampir pukul 7 malam dan saya masih lagi di pejabat. Nak kata sakit hati pun tak pasti. Ada kereta, adik dah eksidenkan. For now, saya macam 'patah kaki' sebab hari-hari kena kejar bas nak pegi pejabat, lepas tu balik berkejar juga tunggu bas. Silap-silap haribulan tunggu bas pukul 6.00 petang, pukul 7.30 malam baru sampai rumah. Padahal rumah saya tu jaraknya 5-10 minit saja sari pejabat kalau memandu. Mungkin saya tak biasa hidup susah. Tapi bila dah takde kereta ni, jadi saya perlu balik awal. Yela, sape nak tunggu kat bus stop malam-malam tu?

Sudah jadi kebiasaan saya balik lepas waktu Maghrib. Tu pun paling awal. Kalau lagi awal, maknanya pegi jogging dengan kawan-kawan. Sekarang nak kejar bas punya pasal, pukul 6 dah siap-siap nak balik. Sangat tak suka sebab banyak lagi kerja tak beres atas meja tu. Bukan nak kata saya ni workaholic (maybe Akmal doesn't agree at all hahahaaa) tapi kalau balik rumah pun, bukannya ada aktiviti lain. I go online, watching TV, sometimes hang out with my friends etc. Nothing else. and maybe I should find something to fill up my ample time.

Kadang-kadang kalau bernasib baik, boleh la tumpang ayah. Ayah akan bertolak dari KL pukul 5, tu pun bergantung atas mak. Kalau mak lambat sampai pejabat ayah, lambatla ayah balik. Jadi lambat jugakla saya pulang ke rumah. Pernah saya tunggu ayah sampai pukul 9 malam kat pejabat. Nasib baik tak black out mcm selalu. Sedar-sedar je lampu dah tutup semua. Huhuhuhuu...

Sekarang ni tak tau nak marah dengan siapa. Luahan perasaan je ni. Esok-esok ok la kot...

4 comments:

Resm A. said...

memang ha adalah seorang workaholic...tak kira...hahahahah

nihadriz said...

bukti??? aku suka duduk office sebab takde benda nak buat kat rumah.

marmalade said...

i think i am workaholic. hahah. sometimes, i can't wait for monday. kalau cuti, tak suka amik cuti berhari-hari sebab rasa macam tinggalkan office lama gile. so missing out the hype kat office :) the longest time i have been in the office was for around 30 hours - dari 7am thursday, to 1pm friday untuk budget speech. hahahahahahaha. tak tido satu malam :)

nihadriz said...

owh...kak mala... saye pernah siapkan tender. 37 of them. 7.30 am, tak ingat hari apa...let say its wednesday, until 5.30pm the next day, thursday. pagi thursday tu balik rumah pukul 8 pagi, mandi, 8.30 arrived at the office, 9am masuk meeting LP. ptg tu balik pukul 5.30 petang. horror habis.