Hmmm...sedang orang-orang di Batalion Kitab di Istana Mengaji sedang berebut-rebut ke negara Kohriyok 25-30 purnama ketujuh, Timbalan Semboyan Utama Batalion (2) yang baru menyoal hamba pagi tadi berkenaan senarai nama orang-orang yang bakal pergi ke negara Kohriyok itu. Senarainya sangatlah panjang tetapi dari Batalion Bangun ini, 2 orang sahaja dibenarkan pergi. Adalah senarai teramat panjang sehinggakan Timbalan bertanyakan relevannya orang-orang tersebut pergi ke Kepulauan Penuh Kitab di Kohriyok. Hairan bukan? Adapun hamba pacal yang hina ini tidak pula tersenarai untuk pergi sedangkan hamba jugalah yang bersusah payah naik turun menghadiri mesyuarat serta membuat laporan awal. Bukanlah hamba mengungkit, tetapi senarai nama yang disertakan terdiri daripada orang yang kurang berkaitan dalam pembinaan Bandar Penuh Kitab di Tebing Berlumpur. Sekiranya yang pergi adalah sedikit, hamba tidak kisah, tetapi tulisan berhelai-helai mukasurat itu menyebabkan hamba tidak sedap hati. Sudahlah lawatannya 5-6 hari ke Kohriyok, perbelanjaan sudah pastinya besar. Tentunya diselangi sesi berjalan-jalan ke destinasi pelancongan. Macamlaaaa orang lain tak tau kannnnn...motif ke sana? Bukankah negara Ghimau juga punya Bangunan Penuh Kitab yang canggih? Tidakkah negara-negara berdekatan punya Bangunan Penuh Buku yang menarik? Perlukah ke tempat yang bernama seperti 'baju' di Kepulauan Penuh Buku di Kohriyok untuk dijadikan panduan? Sudahnya diharapkan janganlah jadi seperti Desa Penuh Kitab di negeri Helang mahupun di Desa Penuh Kitab negeri Tanggachantek itu. Sungguh mendukacitakan. Pada pendapat hamba, adalah baiknya sekiranya perkara ini dipertimbangkan sedalamnya.
Namun begitu, hamba memang kagum dengan susunatur bangunan-bangunan di Kepulauan Penuh Buku Kohriyok itu. Sangat maju. Nak dibandingkan dengan Desa Penuh Buku seperti yang diwar-warkan adalah sangat jauh panggang dari api. Namun begitu, hamba berharap semoga cita-cita Keraian Kitab itu tercapai.

2 comments:
ala ha...
rilek je...
nanti kita tunggu ajer a*a wat flight ke negara itu...
tu laaaa...nak pegi kohriyok jugak! :P
Post a Comment