Tuesday, April 2, 2013

Tueday's Highlight - Types of People at the Petrol Station

Semalam bercuti. Jadi balik tu bila sampai rumah dah petang. Penat sampai tak sempat isi minyak. Jadi pagi tadi keluar rumah awal supaya dapat isi minyak. Dalam duk beratur tu ada satu kereta City yang turut sama beratur. Kaler pulak sama dengan my car hehehe no W** 3444. No, bukan kereta City itu culpritnya.

Mula-mula City tu pergi kat pump yang kosong. Ehhhh tak semena-mena satu motor melintang arus zup! Masuk kat situ dan tanpa rasa bersalah terus pergi bayar kat kaunter. Kereta City tu duk tunggu turn belakang motor tu. Hajatnya lepas motor tu pump beliau nak isi minyak la pulak kan. Sekali datang lagi 2-3 motor nak isi minyak. I feel you bro. Memang lahanat diorang ni. Last-last City tu fed up and asked the wife to wait at the counter while he dashed to another pump.

Saya? Menunggu macam nak mati. Ada sekor Honda keparat tu punya lah lama tuan penuya pergi shopping kat dalam. Dah tau pagi-pagi ni banyak kereta why the hellllll lah dia pergi shopping/keluarkan duit tanpa rasa bersalah langsung???? -____-"

Saya pun terpaksa ke pump sebelah untuk isi minyak. Nampak tak orang Malaysia ni tersangat kurang ajar? Husband saya pun dah terkena dengan golongan motor ni. Lek-lek bapak dia je potong queue.

Di sini saya senaraikan golongan yang sering kita jumpa kategori kurang ajar/tak berminda sivik di stesen minyak

  1. Jenis park kereta kat petrol pump lepas tu berpoya-poya baru nak withdraw duit / shopping satu kedai padahal banyak kereta tengah nak isi minyak jugak. Ini kategori patut kena lempang je sesedap rasa sampai puas hati.
  2. Bercakap di telefon ketika mengisi minyak. Kalau kereta/motor dia meletup kan kita turut terkena sekali? Cis. Kalau nak mati tu pergi la mati sorang-sorang. 
  3. Tinggalkan anak-anak kecil dalam kereta yang masih hidup/dah dimatikan enjin. Korang ni tak belajar ke kes culik budak atau mati lemas dalam kereta/kemalangan sebab anak main gear? Ini jelas bangang abadi. Pulak tu jenis anak duk main hon. Tak boleh salahkan budak sebab yang bangang ialah ibu bapa.
  4. Potong barisan. Macam kes motor-motor saya mention kat atas. Kamonla brader motor. Jangan kasi angin sama orang lain boleh tak? Takkan nak kena bagi signal jugak kot nak masuk kat pump tu? Ikut giliran la. Brader City tu nasib baik tak hangin. Tak tulis pun kat situ "Motorsikal Sahaja". Stupik dam dam.

Sesungguhnya memang mentaliti orang Malaysia masih lagi jauh bab tatasusila ni. Rukun Negera tu buat hiasan je agaknya. Sebut di mulut tapi hati kosong. Sama kosong macam otak.

2 comments:

smashlee said...

agree! nnt laaa aku dok kulim hehehehe

nihadriz said...

weiii ko tak story mory dah dengan aku. senyapppp je. haritu jumpa mama ko kat alamanda dia cakap ko banyak makan sekarang. happy la tuuuu kannnn hehehehehe