Wednesday, May 8, 2013

Amna - 15 Months

Excited tengok banyak bendera, helikopter, kereta kebal kikiki~
Kembali bersiaran.

Pilihanraya ialah masa di mana:

  1. Semua family berkumpul di kampung - macam raya, tapi untuk mengundi.
  2. Karutan nonsense daripada ultras parti politik
  3. Line telefon/internet slow tahap penggali kubur (read : siri Tanah Kubur lakonan Nasir Bilal Khan)

Making faces.
I have to make sure she's happy. kalau tak, nanti meraung sepanjang jalan ke klinik.

Saya nak update pasal Amna. Semalam ke klinik untuk monthly check up - 15 months. Ya. Amna dah setahun 3 bulan. Cepat kan membesar? Dah pandai buat muka bila orang mintak kismis dia - tak nak bagi! Wah wahhhh...

Weight : 8.79kg
Height : 78cm

Nurse tanya dia minum susu apa - saya cakap susu ibu (bangga) dan tak campur pun. 2 kali nurse tu tanya heheheheh~ Ye, to breastfeed needs a lot of courage, and support (inner strength and moral support) Memang boleh menangis wooo bila orang di sekeliling tak memahami betapa kita nak susukan anak dengan susu ibu - disuruhnya minum susu tepung sebab katanya senang nak kerja esok-esok. Nyaris-nyaris haku mengamuk hari tu.

Amna kuat makan. Tapi segala zat tu naik kat ketinggian je. Berat dari 8.2kg ke 8.79kg. Saya pun tanya la nurse tu, ada ke toddler yang tinggi lebih dari Amna - dia cakap 'Adaaaa~!'. Pergh. Mesti makbapaknya menggalah kan?

Gula dan garam masih lagi NO. Bila dah terbiasa makan makanan Amna ni kan, deria rasa pada lidah meningkat! Jadi kalau manis-manis buah pada saya tu mungkin agaknya tawar pada kebanyakan orang. Amna memilih jugak makanan sebenarnya. Tapi takdelah to the max. Cuma kita kena pandai perisakan makanan dan pelbagaikan hidangan. Makanan sihat tidak terhad pada bubur sahaja ye. Boleh goreng homemade nuggets, fritters, cakes, cookies etc. Jadi mak kena pandai. Kalau malas duk main sumbat anak makan nestum/cerelac - katanya senang - baik tak payah ada anak. Nestum/cerelac semua tu khasiatnya tak sama macam the real thing i.e. fruits and vegetables. Rather than suap anak makan yang kita tak tau bahan apa, dah duk kat rak berapa lama, baiklah kita masak. At least buat bubur kosong banyak then freeze. Lepastu masak lauk, then freeze. Susah nak masak bubur? Instant rolled oats or couscous pun ada. Tambah air panas je. Susah apa kan? Awal-awal memang terasa payah (trust me, been there). Once you get the used to the tempo, insha Allah rasa biasa je.

Tak cukup masa? Weekend perlu stock up dengan puree beku. Contohnya homemade tomato sauce - bekukan dan bila nak pakai jadi kuah pasta - rebus pasta dan panaskan tomato sauce + ayam atau daging dalam steamer. And yes, husband pun kena bantu kalau isteri selalu out station. Jangan harap wife je buat semua. Imagine if wife kena kursus lama - 6 bulan (boleh balik weekend je), tak ke menggelupur nanti?

Biasanya pagi-pagi saya bangun kelentung kelentang masak makanan Amna. Potong bawang, hancurkan isi ikan, goreng telur... Nak senang, masak nasik siap-siap the night before, esok steam/reheat je. Tinggal nak buat lauk je kan.

Antara snacks yang biasa saya bekalkan Amna - roti, kismis, tempe (yes, TEMPE goreng), buah-buahan dan homemade cookies. Tengok mana yang ada. Semalam Amna makan tempe - sebab buah tak beli lagi. Today pulak buat egg rolls - roti leper-leperkan letak inti telur + bawang merah + spices = salut telur, then tepung, ulang 2 kali. Goreng. Sedap okeh. Ini ibu pun suka makan hihihihi...

Sekian coretan ibu :)

2 comments:

myaini said...

alolo tomeinye amna buat mulut tu....
amna kurus tinggi kot niha...ikut ibu&ayah dia....

nihadriz said...

Aini : ibu tak tinggi mana punnnn hohohoooo... ikut ayah rasanya. :D