Monday, August 1, 2011

My First Ramadhan with Husband and Being A Mommy-To-Be

*Sambil menyapu minyak Yu Yee di tengkuk*

1 Ramadhan 
Saya harap tatkala anak saya besar esok, dia bacalah entry ni sebab nak bagitau betapa besarnya pengorbanan seorang ibu masa mengandung ni. Tambahan pula bulan Ramadhan. Pengalaman alahan yang boleh tahan ganas menyebabkan saya ni bimbang sangat-sangat tak dapat berpuasa macam orang lain. Yela, harapan nak puasa penuh tahun ni, alih-alih semalam badan buat hal pulak. Sakit kepala sampai tertidur (sambil paksa husband picitkan kepala dan sapu Tiger Balm hehe). Maka, saya solat Isya' je tanpa solat tarawih. Uhuhuhuhu...

Sahur pagi tadi, makan bubur dengan telur masin. Sudahnya, lepas subuh, bila gosok gigi tu biasala...terkeluar balik semua. Setakat ni so far, ok lagi. Bertahan puasa ye! Ceh, kalah budak tadika baru nak belajar puasa sekerat hari. Huhuhuhu...

Sambil-sambil ting tong buat kerja, sambil sapu minyak Yu Yee, saya fikir jugak apa yang sedap untuk berbuka ringan sebelum solat Maghrib. Ye, my family berbuka dengan tamar dan kuih-muih dulu, perform Maghrib, then baru makan berat. Kalau tak, semua tergolek nak solat Maghrib. Nak Tarawih apetah lagi. Saya rasa nak makan popiah goreng rangup untuk iftar. Kalau beli kat pasar tu agaknya rangup lagi tak? Mesti dah kecut dan tak panas. Maka, azam hari ini ialah untuk pergi beli kulit popiah dan sayur-sayur inti popiah. Tak dilupakan, sos cili Thai yang manis tu. Bukan sos cili Maggi tau, ni yang nampak cili terapung tu. *demand la kannnnn*

Kita tengok kesudahannya nanti. Berjaya ke tak buat popia goreng tu. Ntah-ntah petang karang tau melepek je tunggu iftar. Apa yang penting, semangat tu mesti ada ye :P

Owh semalam dalam sakit-sakit kepala, pergi jugak makan kat Alamanda. Terserempak dengan Kak Ina dan Ned. Kak Ina siap komen lagi perut saya nampak besar. Tu sebab pakai seluar jerut laaaa...*tak ngaku perut buncit haha*. Saya malas nak mabik gambar mahupun upload gambar. Sekian :D

3 comments:

Unknown said...

semlm saya call mak awak. dia ada ckp awak tgh tergolek sakit kepala.

marmalade said...

i saw you yesterday! hihihi
and you looked fine je, macam takde apa-apa perubahan :) nampak bertahan je puasa (tapi dalam hati siapa yang tau kan?) i was sick too, sebab tuh takleh cakap banyak sebab sore throat yang sangat sakit.

nanti i nak cari ah minyak yu yee nih, best sangat ke? hahahaha. dah 2-3 kali sebut. anyway, dah muntah still boleh puasa ke niha? but i understand you tanak ganti, sangat leceh nanti.

and oh, my colleague ada pesan, bila puasa... jangan cakap pasal makanan apa nak berbuka nanti. katanya, itu puasa yang low-standard. kiranya macam puasa yang tak berkualiti lah.

sebagai peringatan untuk myself juga :)
because i pun suka cakap psl food. sape yang tak kan? hihihi.

nihadriz said...

kak ti : horrrr...mmg sakit kepala sebab masuk angin. satu hari kat ofis tak buat pape. makan gaji buta betul la. harini ok sikit alhamdulillah...

kak mala : eheheheh...i hari2 before puasa pun fikir nak makan apa. semalam tu tengah sakit pinggang sebab berjalan banyak sangat. muntah boleh puasa lagi sebab bukan muntah dengan sengaja. minyak yu yee bau dia sedap! sila lah beli. miahahahah. actually any ointment will do but minyak yu yee tu tak rasa sticky mcm tiger balm after applying to the skin.

semalam duk kira berapa jam lagi nak balik. sebab nak baring! teruknyaaaaa dah tua2 ni buat perangai :P