Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Day 3

Energising Soy Protein tu not bad. Alhamdulillah, bertahan sampai petang tapi by the time balik ofis tu dah tak larat nak berjalan. Mungkinkah sebab saya terlupa makan Obimin? Hm... Saya harap puasa tahun ini adalah penuh! *bersemangat*

Ok, semalam balik terus menuju ke pasar tani. Dalam rasa nak tumbang tu nak jugakkkk beli sayur. Ikan kerisi favourite beli 3 ekor, siap pesan kat orang tu suruh siang buang perut je. Sayur beli ala kadar je. Balik terus husband bersihkan ikan, gaul garam and kunyit...cenggggg bunyi kuali panas menggoreng ikan kerisi. Owh, buat yang tak tahu, sisik ikan kerisi boleh dimakan, so jangan buang ye. Kalau goreng garing, sedapppp sangat heheheh~ Buang segala isi perut ikan tu, lepas tu potong sirip dan ekor. Tu je. Letak garam dan kunyit, goreng. Sedia untuk dihidang. :D

My parents came back late yesterday. So, harapan untuk suruh diorang beli udang memang takde. Huhu. Tu la, time pegi pasar husband tak nak beli. Beli pun cukup-cukup untuk iftar je. Benci tau. Dahtu lauk untuk sahur takde T____T. Disebabkan saya ni kreatif, daging burger ayam dalam freezer tu saya dice untuk jadi perencah sup sayur. Yela, mana ada tumis bawang je kannnn... kalau ada udang, mesti lagi sedap sup tu. Bila my parents sampai je rumah, my mom cakap " Aik? Larat ke memasak?". Tak kira la larat ke tak, janji tercapai hajat nak makan sup sayur. Sup sayur kat kedai tak sedap. Ada MSG. Huhuhuhu...

Lauk iftar semalam : Ikan kerisi goreng, sup sayur, telur masin, nasik lembik dan kicap. My comfort food. Even though the dishes are simple, but hey, nobody complained. Semua orang sukaaaa ikan kerisi goreng rangup tu. Saya sangat suka makan nasik beras Siam tu. Weewoooo~!!! Sudahnya sebab makan best sangat sampai tak berhenti, semua tergolek tunggu Isya'. Lepas ni boleh beli ikan kerisi lagi. Tapi kena beli banyakla. Time iftar tu my sister Ana tanya ikan kerapu tu rupa macam mana. Kitorang bantai gelak. Ayah cakap ikan kerapu tu gigi dia "cantik". haha.. Macammmla orang tak tau ikan kerapu tu muncung dan gigi tajam-tajam terkeluar. Rupa ikan kerisi pun tak tau ada hati nak tanya ikan kerapu. Sebab yang dia tau rupa ikan kerisi lepas goreng je. Tu laaa...malas pegi pasar. Kitorang cakap rupa dia macam ikan merah (mestila kaler merah kannn) tapi versi kecik. Macam kat bawah ni. Tapi jangan tanya saya beza ikan kerisi Bali dengan ikan kerisi biasa, saya memang tak tau. Yang saya biasa nampak, ikan kerisi biasa je. Sebab fin atas dia tu tajam.


Threadfin Bream aka Kerisi
Source :  LKIM
Sharptoothed Bass aka Kerisi Bali
Source : LKIM
Saya teringat zaman duduk hostel dulu, di mana ikan 'jacket' menjadi hidangan biasa kami. Ikan tu sebenarnya ikan cencaru, tapi sebab kulit dia keras, orang tak makan. Ayah saya cakap, orang Terengganu panggil "ikang kerah ekor" (ikan keras ekor). Tapi memang logik pun, orang putih panggil Hardtail. Memang keras la ekor dia tu. Selain daripada tu, ikan-ikan yang pernah saya makan ialah ikan aya (tuna), bawal, tenggiri, kembung, siakap (masak sweet sour bestnyaaa) dan ikan selayang (sardin). Kalau ikan yang lebih kurang rupanya tu macam kembung dan selar, sorryla, mmg surrender kalau suruh carik kat pasar. Harap tanya kat orang jual tu je. Haha... Lauk Terengganu memang banyak pakai ikan aya (tuna). Salah satu daripadanya ialah kuah nasik dagang, singgang kuning, lauk sambal nasik lemak (sebab tu kat Terengganu ada nasik lemak ikan, sambal bilis tak main ye hehe) dan beberapa lagi la. Saya ni tukang makan je. *Macam ada harapan je nak suruh Kak Ti masak nasik dagang ni. :D*

Hardtail Scad aka Cencaru
Source : LKIM
Sahur pagi tadi saya tak minum ESP. Makan nasik dengan lauk sausage, sup sayur tak sentuh pun, minum air longan panas-panas. Pagi tadi Mak masak. Saya terbaring je tunggu sahur sambil tengok re-run Australia Masterchef. Tu pun lepas belasah aiskrim sape ntah dalam freezer tu. Heheheheh... Saya cuba untuk minum air banyak-banyak di bulan Ramadhan ni. Bukan apa, dehydrated is a no-no waktu-waktu genting macam ni.

Ok, I'm officially addicted to ikan kerisi.  Hari ini masih lagi berharapan untuk iftar di masjid dengan husband. Balik kemudian mungkinnn boleh singgah Pasar Borong Selangor untuk beli ikan 5-6 ekor. Lepas tu beli udang. Sahur mesti mau gempak okeh!

Sekian bebelan untuk hari ini. :D

7 comments:

Siti said...

teringat masa kecik2. ayah saya suka beli ikan kerisi. mak saya akan belah belakang dan goreng garing. makan dgn nasik panas2.masa makan dia ayah akan perisikan ikan untuk anak-anak. saya dulu tak suka makan ikan kerisi ni sbb sisik dia tu la. so selalu emo di meja makan. ayah saya jeling je. dan-dan makan laju-laju takut 'kena' dgn ayah. byk kenangan saya dgn ikan kerisi rupenyer. huhu..

Siti said...

oppss..nak makan nasik dagang lepas puasa la ye. Insyaallah nanti saya buatkan.

nihadriz said...

emo makan ikan kerisi? muehehe. ikan tu laa antara ikan yang paling sedap tau. paling sedap ialah goreng kunyit. wuuwuuuu~ *meleleh air liur*. sekarang saya tak minat sangat makan daging or ayam. nak makan ikan macam2 jenis pulak. owh, raya kekgi balik KT dok? nanti pesan dgn de saya nak nasik dagang ekkkk :D. tp untuk 2nd day raya. heheheh~

Siti said...

ni cerita masa kecik la. skrg saya suka tp tak buleh mkn selalu. pak incik kat rumah saya takleh mkn. kalo makan gatal2.

mak saya takkan buat nasik dagang. kalo nak kene order le dgn nenek sedara saye tu.

marmalade said...

ish, apa nih asik cakap pasal makanan :p

nihadriz said...

kak ti : laaa yeke. sape raya buat nasik dagang kekgi ye? nak serbu rumah dia la. :P

kak mala : talking about food makes me forget about the melepek-ness. seriously, the only thing that could keep me holding on is talk about food and home. hehehe.. this year's fasting has been quite a test for me. kalah budak darjah satu nak puasa penuh. hahahah~

Siti said...

sila serbu rumah long. slalunya mah buat.