Aiyok. Semakin dekat dengan cuti, semakin kurang semangat nak pergi ofis. Boleh takkkkkkk?
Semalam iftar orang belanja kat Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Terima kasih kepada my husband's boss, Tuan Haji Adri. Tengok gaya dia, memang layak pakai gelaran 'haji' tu. Bukan sebab dia belanja tau. Tapi dia memang murah rezeki. Muka bersih. Solat on time. Tak kedekut dengan anak buah (my husband memang puji melangit orang tua tu), harap-harap dibalas dengan setimpal oleh Allah :)
Kisahnya, semalam pagi ada appointment dengan klinik. Macam biasa, urine test. And, ada hemoglobin (also can be pronounced as 'haemoglobin') test. Diorang sebut "hb". So I kind of understand la sebab result dia tulis "mol". Mestila kepekatan darah. Haha (buat-buat pandai). Sekali bila test hemoglobin tu dia tulis dengan pen merah "10.4". It turns out that the normal level of hb for female is between 12-15 g/dL (apesal dia tak tulis 'mol' je?). During the first check up, I got 11.8 mol. But, it was considered normal. Nak kena check balik ni.
The first question was "Awak puasa ke?".
"Ye, saya puasa". Perut dah berbunyi-bunyi tahap gaban. Hohoho~
"Hb awak low ni. 10.4 je." And there goes the red ink on the record book. I had spotting in the early stages of my pregnancy, so, I got 2 risk factors already. Hmmmmm...
So, I was given a cocktail of vitamins, including iron, folic acid, B complex and ascorbic acid (vitamin C). Siap bila keluar dari bilik nurse tu my husband cakap " Aik? Banyaknya ubat?". He was there, teman check up for the first time. Dia ada tanya perlu masuk sekali ke tak. I said no. Sebab, kat dalam tu ibu-ibu buat check up nak selak baju ke apa ke, kan segan tuuuu... Takpe-takpe. Next time for the second scan, I'll ask him to come in too :D
Change of diet. Ok laaaa...selama ni pun saya makan benda yang sihat-sihat je tau. Time puasa ni je yang kurang makan. But still, I eat fish and vegetables. Cuma part makan daging tu malas sikit sebab the taste of meat itu sangat kureng bagi saya yang sedang pahit lidah. Takpe, still have many options left. Boleh makan bayam, ikan bilis, kerang-kerang, kacang-kacang, kismis, prunes etc. Bab makan dried fruits tu sangat no problem sebab saya memang suka makan kismis or cranberries :D.
Berbalik kepada cerita iftar, kebetulan pulakkkk ada mussels kat salad section. Apa lagiiii...belasah saje~ Food was ok. But takdela sampai tahap tersangat mengujakan. Antara hidangan yang disediakan ialah Japanese cuisine (simple sushis and tempura), gerai char kueytiau, gerai ABC, gerai kambing panggang (yang 2 ni ramai orang beratur), nasi dan lauk (tak minat sangat sebab nasik lembik panas-panas homemade tetap di hatiku~), middle eastern cuisine macam moussaka (is Greek food is considered as middle eastern too?), lamb kabsah and chicken garlic apentah. Ada gerai dim sum, tapi tak sedap, sedap takde har gow. Wuhuhuhuh~ Nak har gowwwww~!!! Ada gerai pecal, mee, roti jala, kuih-muih, dessert ntah pape lagi yang saya memang tak rasa nak makan (time tu, tapi time teringat ni rasa lapar la pulakkkk). Last-last saya hanya pulun salads dan roti sahaja.
Out of those luxurious food, yang saya nak hanyalah nasik panas lembik, makan dengan ikan kerisi goreng, sayur campur dan sambal belacan, enjoyed with my family. Wuhuhuhuh~ Saya kuat makan nasik sekarang ni :D. Owh, haritu makan set kat Black Canyon Alamanda, nasik dia sedapppp...nama pun pakai beras Siam. Aaaa...sedapnyaaaa~ rasa macam makan kat rumah je, except for the fact makan berdua dengan husband. Service masha Allah...lembap yang amat! Meja sebelah tu order air suam punnnn tak sampai-sampai. Diorang siapkan order ikut table la kot (macam Hell's Kitchen). Apa salah bagi air dulu. Kan dah tercekik kawan tu nak iftar makan tamar je. Nasib baik makanan sedapppp... Tom yam, perghhhh tak payah cakapla, dalam semangkuk tom yam tu je ada 3 ketul lengkuas yang kalau digabungkan ada menjadi sebesar penumbuk saya. Sedappppp~!!! Tapi itula, service yang maha lembap. Siap ada brader tu ngamuk-ngamuk dia penat-penat beratur tiba-tiba ada pakcik sorang ni barged in dan tanya "Meja tu kosong ke? Kat luar? Yang tu? Yang tu?" (yang dia tunjuk tu semua ada tulis reserved - dia tak nampak kottt) padahal dah datang lambat kannnnnn... Tiba-tiba pakcik tu dapat table dulu. Staff kat situ kena sound direct je dengan brader yang tak puas hati.
Eh, panjang pulak cerita kali ni. Hari ni ada iftar kat ofis tapi macam malas nak pergi. Reason being? Ntah, takut makanan tak menepati saya yang cerewet ni. Bukan masakan orang lain tak sedap. Sekarang dah jadi picky eater. Nak makan mesti ada sayur, dan sayur tak boleh terlebih masak etc2. Kan dah pening macam tu.
Until then :D
4 comments:
dear niha, dlu masa 1st pregnancy pon aku ade masalah dgn low hb ni... kalau suka makan buah naga, makan la hari2, esp yg merah sbb it really helps, insyaAllah (masalahnye aku tak suka, huhuhu)...
so, for 2nd pregnancy ni, aku amek suppliment (of cos after tanya gynea)-eberet folic... alhamdulillah dah xde masalah tu...
hb rendah ni bahaya masa nak deliver nnt. aku dlu tumpah darah abt 1.5 pine, alhamdulillah tak kena refill je (dr. masa tu mmg dah stand-by 2 pine)...
so, take care ye adik... selamat ari raya!
haaaa~ buah naga! boleh beli hari ni! :D
selamat hari raya to you too kak zila! eh, due bila? :D
bukan kita penah lunch kat black canyon ke? me, you, ina, nedd, azrin?
kak mala : yes. and i still remember that we talked about uncle seeker. hahahaha. tapi time tu i ordered udon in tom yam je, i never had rice there. so tengah puasa kan, teruja lebih :P
Post a Comment