
Baskin Robbins is bringing their 31% discount earlier! Starting today, 26th August until 28th August 2011. For further information, refer to http://www.baskinrobbins.com.my/ atau click je kat banner di atas :D
(Saya nak mintak husband singgah Alamanda lepas iftar nanti hehe)
Ok, pagi tadi kami sahur kat kedai je. Makan nasik. My husband sebab dah biasa makan nasik lembik (hehe...berjangkit rupanya) complained about nasik kat kedai tu keras. Nasik semalam la tu. Masak nasik kawah memang ended up makan nasik keras :P.
Semalam iftar di Ice Room Bangi bersama adik-adik (kecuali Najmuddin, dia on the way dari Melaka). Wooo wooo~. Buffet dia ok la...tapi yang menarik ialah pakej RM25 buffet tu, kita boleh order lamb chop / chicken chop / beef steak banyak mana pun, including ice cream yang tersenarai. RM25 beb. Makan banyak. Sape tak nak. Tapi memandangkan perut saya ni kecikkkk, saya order ala carte saje. Menyesal pulak order Black Pepper Pasta with Beef dia tu. Tak sedap. Macam goreng dalam kicap biasa je. Next time boleh order chicken chop dia, sedap tapi masin sikit. Owh, beef steak dia, macam over cooked. Nak kata well done tu tak la kot. Kering semacam. Mungkin hari-hari lain steak dia ok. Bulan puasa je tak ok...kot...? *bersangka baik*
Makan dengan adik beradik adalah best. Heheheheh~ Husband yang dah kebulur nasik memang menonong je pegi ambik nasik lauk ikan, ayam, kambing dan sayur. Pastu kecewa. Dia cakap baik makan chicken chop je. Lagi best. Heheheh~ Banyak lagi menu yang boleh try kat situ, mostly fusion cuisine. Lamb chop pun sodapppp~! :D
Owh, sampai sekarang husband masih mencuba untuk tempah kat Wong Solo. Nasik dia sedap weiiii~ Walaupun ayam penyet di Bandung memang la takleh nak celen, tapi mampu pegi yang terdekat je. Dengar cerita, Ayam Penyet AP kat Puchong tu sedap. Tapi tu la, malas nak drive ke sana. Kawasan pasti jam. So mari try book dengan Wong Solo sekali lagi. Set ayam penyet dia pun dah cukup makan sampai kenyang. Tu jela yang saya selalu order pun. Nak tambah lauk pun pecel lele tu je. Sebab ada ikan keli. Tapi dah makan ayam, takkan nak makan ikan pulak kan? Owh, gambar semalam tumpang BB Ana je. Saya tertinggal camera dalam kereta akibat keterujaan untuk iftar. Husband pulak teruja tengok kedai perabot sebelah tu. macam-macam benda dia nak beli untuk rumah kami tu. Heheheh~
Since dah Jumaat ni, mood raya semakin tinggi. Minggu ni je dah berapa kali tanya husband "Abang, kalau tak nak pegi keje boleh ke?". My husband cakap "Boleh je." Ibarat ofis tu dia yang punya. Saya gagahkan juga untuk ke ofis walaupun orang dah makin berkurangan. Weiii...cepatla pukul 5.30 ni! Dari duk melangut je takde keje...tahap cipan dah boring. Cadangan untuk membeli baju raya pada malam ini tak pasti berjaya ke tak. Nak bawak adik-adik shopping. Saya sendiri pun tak pasti larat ke tak. Dah la ramai orang. Akmal siap tanya lagi my husband "Rezal, Ha tu larat je nak jalan?" sambil jeling-jeling kat perut saya. (Ces ko Akmal. Perut aku dengan perut ko sama je okehhhh :P)
Sekian repekan hari ini. Semoga saya tabah menjalani hari Jumaat ini dengan penuh redha. Arghhhh tak sabarnya nak iftar petang karang! Nak makan Wong Solo jugak jugak!
4 comments:
ayam penyet puchong nih yang depan dia LDP tuh ke? i had lunch there, once, sebab dia dekat dengan my dentist :)
hahahaha. part akmal jeling perut tuh kelakar. perut dia sama eh dengan yours :)
sedap tak kak mala? bestnya makan nasikkkk wuuuwuuu~ *perut berbunyi2*
akmal claimed he lost 8kgs. which tak nampak sangat. and he keeps on calling me "niha, ko nampak kurus" sarcastic tone applied. mmg sangat ces :P
bolehlah. kat the curve pun ada kedai nih.
i always makan the set ayam penyet je. cukupla untuk 2 jam sebelum lapar kembali hehe.
ahhh...sedapnya...i always admire the rice, so fluffy and so soft! sambal terung pun sedap, super hot~!!! even my husband is begging to go back but wong solo is always fully-booked. takpe after maghrib pun boleh pegi kan? :D
Post a Comment