Entry untuk Day 6 takde ye. Sebab saya sakit kepala satu hari.
Jumaat haritu gigih masak sayur campur dan blend sambal belacan untuk hidangan berbuka. Maklumla ada orang datang rumah.
Saya malas jugak nak update panjang-panjang hari ini. Semalam berbuka makan sandwich Ayah buat. Makan sikit je. Perut kembung toksah cakap la. Rasa macam ikan buntal pulak sebab kembung. Hahahhaha...
Semalam dah merepek nak makan bubur lambuk Terengganu. Gigih jugakla Ayah buat ala bubur lambuk sebab daun tak cukup. Makanla semangkuk sebab perut pun rasa tak berapa sedap. Gusi berdarah lagi. Kurang kalsium and vitamin C kot....
Owh, my dearest husband takde sebab dia balik kampung iftar kat sana. Sebab dia balik naik bas, maka saya tak ikut. 1, sebab nanti nak terbuang air, bas stop sekali je huhu. 2, kakak-kakak kat ofis cakap jangan naik bas sebab nanti terhentak-hentak. Baiklah. Kesimpulannya balik naik kereta saje. Sempat lagi pesan dengan husband bawak balik sambal belacan Mok (my mother in-law) yang kaw itu. Sempat jugak pesan bawak balik bubur lambuk. Heheheh... bukan apa, bila tekak ni dah terbiasa makan bubur lambuk Terengganu, memang tak terasa nak makan bubur lambuk KL, hatta bubur lambuk Kampung Baru yang femes tu pun saya tak teringin. Sebab? Tak sama macam bubur lambuk Terengganu.
Bubur Lambuk Terengganu ni banyak letak daun. Dan, rencahnya ikan, bukan daging atau ayam. Lepastu ada letak keledek. :D
Ok, nak baring hehehehhehe...
Bubur Lambuk Terengganu ni banyak letak daun. Dan, rencahnya ikan, bukan daging atau ayam. Lepastu ada letak keledek. :D
Ok, nak baring hehehehhehe...
1 comment:
byknya permintaan...mmg tak sama bubur lambuk kat sini dgn bubur lambuk trg. rasa ikang yg sgt spesel dilimpahi daun-daunan..:D
saye tahu sape yg dtg buka puasa kat rumah awak.
Post a Comment